Skip to main content

Selamatkan Malaysia daripada Anwar - Muhyiddin

HULU SELANGOR 23 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, slogan 'Selamatkan Malaysia' yang dilaung-laungkan pembangkang sepatutnya ditukar kepada 'Selamatkan Malaysia daripada Anwar Ibrahim' kerana ketua pembangkang itu terlalu banyak melakukan fitnah dan pembohongan.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, Anwar menuduh rakyat zalim dan tidak adil hanya semata-mata kerana beliau (Anwar) dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat.


Katanya, kes itu tidak melibatkan kerajaan kerana merupakan kes peribadi antara Anwar dengan Saiful Bukhari Azlan dan dibicarakan selepas bekas pembantunya itu membuat laporan polis.

''Apakah itu salah kerajaan? Apakah itu menunjukkan kita zalim sehingga dia pergi ke seluruh dunia dan buat cerita bukan-bukan termasuk kepada ahli Parlimen Australia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah dalam kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor di Taman Sentosa, di sini, malam ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Anwar turut membuat dakwaan bahawa semua institusi yang dibentuk oleh kerajaan sejak dahulu tidak adil dan tidak saksama.

Selain itu, kata Muhyiddin, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bersama Pengerusi DAP, Lim Kit Siang, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin pembangkang lain sering memutarbelitkan fakta terhadap apa juga tindakan yang cuba dilakukan oleh pihak kerajaan.

''Semuanya dianggap tidak memberi manfaat kepada rakyat sedangkan mereka sendiri tidak menggariskan hala tuju bagi masa depan rakyat," katanya.

Muhyiddin berkata, rakyat tidak harus terperdaya dengan hasutan dan fitnah yang dibuat oleh pembangkang kerana mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi meraih kuasa. - Utusan

Bookmark and Share

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...