Skip to main content

Siapa Agen Yahudi...Kenapa Zionis lantik Anwar Diplomat Jemputan CFR ?

Kalau di Amerika Syarikat, CFR atau Council on Foreign Relations merupakan satu organisasi yang kontroversi kerana dikaitkan dengan kepentingan-kepentingan Zionis atau neo-konservatif dalam urusan polisi luar Amerika Syarikat.

Kepada rakyat Amerika, campur tangan organisasi CFR didalangi oleh kumpulan elit Yahudi beraliran Zionis yang berkepentingan menggunakan wang pembayar cukai setiap kepala warganegara Amerika untuk memutuskan satu-satu polisi ke atas negara luar. Misalnya CFR telah melobi ahlinya Paul Wolfowitz (ketika itu berjawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan) untuk berkempen meneruskan serangan ke atas Iraq.

Berapa banyak wang pembayar cukai warganegara Amerika terpaksa dibelanjakan untuk memastikan cita-cita CFR dan Paul Wolfowitz menang di Iraq. Berapa belanja untuk tentera,senjata, badan-badan risikan, pelobi dan sebagainya untuk memastikan bumi Iraq dapat ditawan.

Perang Iraq yang berslogankan 'Operation Iraqi Freedom' (Operasi Kebebasan Rakyat Iraq) itu telah mengorbankan lebih 1.2 juta nyawa [kajian daripada independent polling agency pada September 2007] dan lebih 5 juta kanak-kanak Iraq menjadi anak yatim [kajian kerajaan Iraq pada Disember 2007]. klik di sini

Semua ini, dihitung dan dinilai oleh rakyat Amerika. Malah isu CFR serta peperangan di Iraq menjadi satu modal besar parti Demokrat untuk menumbangkan parti Republikan pimpinan Presiden Bush-Dick Cheney.

Wartawan Alex Jones pernah ditangkap oleh Polis Texas kerana bertanyakan soalan berkenaan dengan CFR dan Federal Reserve (the Fed) semasa ucapan Bush di DuPont Photomask Facility, pada tahun 1998.

Sebelum ditangkap polis, Alex Jones bertanyakan soalan seperti berikut :

"Sir, shouldn't we abolish the Federal Reserve and the CFR? That's the real reality that none of you will talk about and most of you are members. That's what's destroying this country governor. Don't you stand for America sir? What about the Federal Reserve and the CFR?"
[Tuan, bolehkah kita mansuhkan Rizab Persekutuan dan CFR? Itu hakikat sebenar yang tiada dalam ucapan anda dan kebanyakan daripada anda adalah ahli-ahlinya. Perkara itu (FED/CFR) merosakkan negara ini, gabenor. Adakah anda mempertahankan negara ini, tuan ? Bagaimana (pendirian anda) tentang Simpanan Persekutuan dan CFR?"]

CFR adalah berkaitan Federal Reserve. CFR merupakan 'pemutus dasar polisi luar Amerika', manakala Federal Reserve adalah Pusat Kewangan Amerika Syarikat. Kedua-duanya dikuasai oleh Yahudi Amerika Syarikat yang beraliran Zionis.


 
Video Alex Jones ditangkap polis Texas kerana bertanyakan soalan CFR

Penangkapan warganegara Amerika Syarikat sendiri apabila bertanyakan soalan berkaitan CFR dan FED membayangkan isu kedua-dua organisasi itu amat sensitif di Amerika Syarikat juga boleh ditafsirkan warganegara Amerika sendiri tidak suka wang cukai yang dibayar oleh setiap warganegara dilaburkan untuk melakukan perkara yang tidak menguntungkan rakyat.

Kenapa Zionis pilih Anwar sebagai diplomat jemputan CFR ?

CFR merupakan organisasi elit Amerika Syarikat yang didalangi oleh kumpulan Zionis dan hanya warganegara Amerika Syarikat layak menjadi ahli kumpulan tersebut.

Persoalannya kenapa Anwar Ibrahim, warganegara dari Malaysia dipilih menjadi salah seorang 'Ahli Jemputan' organisasi itu ?

Anwar sendiri mengakui beliau merupakan Diplomat Jemputan CFR dalam surat samannya kepada Chandra Muzafar bertarikh 7 Mac 2008.

Tulis surat saman yang disiarkan sendiri oleh Anwar di laman rasminya [klik di sini] : "Plaintif (Anwar) pada masa yang material merupakan penasihat kepada Parti Keadilan Rakyat Malaysia. Plaintif juga merupakan antara lain, 'Visiting Diplomat' di Council of Foreign Relations, New York"


 

Bukti ini disokong pula dengan ucapan Anwar di Kelab Country Paradise Taman Melawati, Kuala Lumpur, pada 14 April 2005 yang mengatakan semasa menetap di Amerika Syarikat beliau sibuk dengan urusan kerajaan Amerika Syarikat, salah satunya CFR. Lihat video di atas.

Salah satu polisi luar yang menjadi isu kepada rakyat Amerika adalah serangan ke atas Iraq. Bagaimana pendirian Anwar sebagai diplomat jemputan CFR terhadap 'serangan Iraq' itu ?

Pada tahun 2005 (ketika hangat isu perang Iraq), Anwar menyatakan pendiriannya mengenai isu peperangan tersebut di program 'US-Islamic World Forum di Doha, Qatar pada 10-12 April 2005, anjuran The Brookings Institution & The Saban Center For Midddle East Policy.



The Brokings dan The Saban Center merupakan badan pemikir yang menjadi salah satu mata rantai CFR.

Kata Anwar, "..Angin perubahan daripada autokrasi(kuku besi) kepada demokrasi telah bertiup merentasi pelbagai sempadan dalam dunia Islam..Perang Iraq, walaupun dicemari pelbagai kontroversi (tetapi) telah menghasilkan pilihanraya demokrasi pertama untuk negara itu (Iraq)..."

"...Dalam hal ini, saya ingin katakan bahawa, walaupun pada prinsipnya, saya menentang peperangan tetapi saya terpaksa mengalah kepada suara kebebasan di Iraq, tidak dapat dibendung selepas penindasan dan paksaan yang dilakukan (oleh Sadam Hussein) selama berdekad-dekad.."

"... Saya berani katakan, jika sekiranya diberi peluang kepada dunia Islam, bukan sahaja di Iraq, tetapi seluruh dunia Islam akan bersetuju untuk menikmati demokrasi (walaupun melalui peperangan)..."

Berdasarkan ucapan di atas, jelaslah Anwar bersetuju peperangan di Iraq atas nama demokrasi. Anwar hanya menyatakan pada prinsipnya beliau menentang peperangan, tetapi hujah-hujah seterusnya Anwar menyatakan persetujuannya ke atas peperangan tersebut.

Tidak diperjelaskan hujah prinsipnya menentang peperangan, tetapi dihuraikan secara panjang lebar sebab-sebab persetujuan peperangan itu, semuanya untuk 'kebebasan', 'pilihanraya demokratik', dan 'Iraq ditindas dan ditekan oleh pemimpin kuku besi, Sadam Hussein'. Lihat bukti video di bawah. 


   

Adakah faktor ini, Zionis melantik Anwar sebagai diplomat jemputan CFR ? Sebagai penyokong usaha Zionis yang datang dari negara muslim sendiri ?




- Sumber AIDC

Comments

  1. tidak suka mengaitkan dengan peribadi... yang penting penilaian melalui mahkamah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...