Skip to main content

Ezam kesal sokong Anwar

Mohon maaf atas kenyataan ketika bela Penasihat PKR

KEPALA BATAS: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor, menarik balik semua kenyataan, perkataan dan tindakannya yang menyokong bantahan terhadap tuduhan liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.


Beliau yang turut memohon maaf kepada orang ramai berhubung tindakannya itu, mengumumkan perkara itu dalam ceramah ‘Ini Kisah Sebenar’ anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda) di Paya Keladi, di sini, malam kelmarin.

“Saya dengan nama Allah ingin menarik balik semua kenyataan, perkataan dan segala tindakan saya ketika berjuang untuk membantah tuduhan liwat terhadap Anwar sehingga menimbulkan keadaan huru-hara,” katanya.

Pada 2000, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Azizan Abu Bakar iaitu pemandu isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau disabitkan Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000, tetapi dibebaskan pada September 2004.

Anwar pada masa ini sekali lagi berdepan dengan tuduhan sama iaitu meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada Jun 26, 2008.

Ezam yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Anwar ketika Ketua Pembangkang itu menjadi Timbalan Perdana Menteri, berkata beliau berbuat demikian selepas mendapat maklumat baru berhubung tuduhan liwat membabitkan Anwar.

“Saya bukannya berniat menghina mahkamah, tetapi saya dapat maklumat terbaru. Saya tidak mahu mendedahkannya kerana tidak mahu mengaibkan Anwar tetapi akan berbuat demikian jika dicabar Anwar dan Wan Azizah,” katanya. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...