Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Monday, April 19, 2010

Anwar Ibrahim "Raja Putar Alam" - Muhyiddin

HULU SELANGOR, 18 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang suka memutarbelitkan isu dengan melabelkan ketua pembangkang tersebut sebagai "raja putar alam".

Beliau berkata Anwar yang menggunakan kelebihannya sebagai seorang penceramah yang berwibawa suka memutarbelitkan isu-isu yang membabitkan kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Ini, kata Muhyiddin membuatkan rakyat mempercayai Anwar dan seterusnya menyokong parti pembangkang kerana mereka tidak sedar yang mereka dibohongi.

"Sekarang dia (Anwar) kata kita (BN) zalim, tetapi masa dia jadi timbalan perdana menteri dia minta rakyat menyokong BN. Kalau betul kita zalim negara ini akan lebih teruk. Kalau kata kerajaan BN zalim, maka itu adalah satu pembohongan yang besar," katanya ketika ceramah umum di Batang kali di sini.

Kawasan Parlimen Hulu Selangor akan menyaksikan pilihan raya kecil pada 25 April.

Muhyiddin berkata politik bukannya satu permainan seperti yang disangka pembangkang kerana ia melibatkan nasib rakyat yang perlu dibela oleh pemimpin.

"Niat mereka (pembangkang) jahat. Mereka suka memutarbelitkan isu. Semuanya tidak betul untuk mereka, tetapi pada hakikatnya yang tidak betul adalah mereka sendiri. Kita tidak buat tuduhan melulu. Hati mereka penuh dengan kebencian," katanya.

Anwar bersama Setiausaha Pertahanan Amerika, William Cohen dan Wolfowitz

Timbalan Perdana Menteri mengakui kerajaan ada kelemahannya tersendiri dan sebagai pemimpin kepincangan itu diperbaiki dari semasa ke semasa.

Beliau juga membidas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang tidak menunaikn janji kepada rakyat setelah dua tahun memegang jawatan tersebut.

"Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah sampai ke tahap kritikal kerana ia kini Parti Kian Runtuh. Esok ada lagi pengumuman besar di Hulu Selangor. Hari ini ada lagi pemimpin PKR yang letak jawatan. Tunggulah esok ada bom besar lagi," kata Muhyiddin.

Tetapi beliau tidak menghuraikan mengenai pengumuman "besar" itu. -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...