Skip to main content

Pas cabar Kickdefella

Syed Azidi memang rapat dan akrab dengan Pemimpin Pas. Siapakah yang dimaksudkan oleh beliau sebagai orang yang bertanggungjawab menaja aktiviti fitnah keji mereka selama ini.

KOTA BHARU – Dewan Pemuda Pas Kelantan mencabar blogger, Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz mendedahkan individu terbabit dalam gerak saraf Pas dengan peruntukan RM4 juta untuk mewujudkan persepsi buruk terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, dalang terbabit perlu didedah sebelum isu dibincangkan di peringkat kepimpinan Pas negeri bagi mendapatkan respons dan tindakan yang bakal diambil.

"Saya tidak mahu mengulas lanjut perkara ini kerana tidak mendapat sebarang maklumat mengenainya dan kita cabar Kickdefella dedahkan siapa individu terlibat dalam kes tersebut," katanya kepada kepada pemberita, di sini, semalam.

Mengulas lanjut mengenai peruntukan RM4 juta itu, Ahmad Fadhli yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Ma berkata, ia bukan isu jika Pas menggunakan peruntukan itu untuk menjaga imej Kerajaan Negeri.

“Bagi saya jika untuk membina imej untuk RM4 juta tidak jadi masalah berbanding peruntukkan RM77 juta Kerajaan Pusat kepada syarikat perunding antarabangsa Apco Worldwide (Apco),” katanya.

Ahmad Fadhli berkata, pihaknya tidak dapat memberikan sebarang penjelasan terhadap dakwaan Syed Azidi kerana beliau tidak mempunyai maklumat mengenainya.

Syed Azidi membuat dakwaan tersebut dalam laman blognya selepas beberapa pihak termasuk Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan mempertikaikan sumba- ngannya terhadap parti tersebut.

Beliau turut mendedahkan sepanjang hampir tiga tahun berkhidmat di Kelantan, beliau membelanjakan hampir RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operatif, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf dalam tulisan yang bertajuk "Saya yakin Nik Aziz akan kena dakwa".

Tulisan tersebut dibuat merujuk kepada kenyataan akhbar yang dibuat Ahmad Fadhli yang menyifatkannya sebagai seorang yang kecewa serta membuat pelbagai pembohongan. - Sinar Harian


Bookmark and Share

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T