Skip to main content

Siasatan ke atas Ariffahmi, Nik Aziz diteruskan

KOTA BHARU 26 April - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa saksi bagi melengkapkan siasatan ke atas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menantunya, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Pengarahnya, Nasaruddin Mohd. Nor berkata, pada masa yang sama, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk memanggil Nik Abdul Aziz dan Abdul Ariffahmi sekiranya maklumat yang diperoleh tidak lengkap.

Beliau berkata, sebelum ini, kertas siasatan telah dihantar kepada pejabat pendakwa raya bagaimanapun ia dipulangkan kepada SPRM untuk meneruskan siasatan.

"Kita masih menjalankan siasatan berhubung kes ini dan disebabkan itu saya tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut.

"Pada masa yang sama, kita akan memanggil beberapa saksi untuk membantu siasatan dan jika ada aduan lain atau tidak lengkap kita mungkin akan memanggil Nik Aziz dan Abdul Ariffahmi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Perangi Pemberi Rasuah (Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009) di sini hari ini.

Pada 8 April lalu, Pergerakan Pemuda UMNO negeri mendesak SPRM mendedahkan status siasatan ke atas Nik Abdul Aziz dan Abdul Ariffahmi berhubung dakwaan penyelewengan dalam PMBK yang memakan masa hampir sembilan bulan.

Nik Abdul Aziz dikatakan disiasat di atas dua pertuduhan iaitu menyalahgunakan kuasa melantik Abdul Ariffahmi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK dan tajaan haji oleh seorang ahli perniagaan.

Nasaruddin berkata, siasatan tersebut dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan walaupun memakan masa yang lama.

"Kita ada prosedur yang perlu diikuti tidak kira siapa pun yang disiasat dan ia tidak perlu dipertikaikan.

"Bagaimanapun kita akan memanggil saksi terbabit dalam masa terdekat untuk membantu siasatan ini," katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya, beliau berkata, tangkapan ke atas penjawat awam bagi tahun 2007, 2008 dan 2009 untuk kes-kes rasuah melibatkan penjawat awam didapati semakin menurun.

Katanya, ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa bahawa tahap integriti serta kesedaran penjawat awam terhadap rasuah semakin meningkat.

"Pada tahun 2007, daripada sejumlah 591 orang yang telah ditangkap atas kesalahan rasuah, seramai 303 atau 51 peratus daripadanya adalah penjawat awam.

"Terdapat penurunan ketara dalam perangkaan tangkapan ke atas penjawat awam dalam tahun 2008 di mana hanya 282 orang atau 47 peratus sahaja yang ditangkap berbanding keseluruhan tangkapan sebanyak 605 orang," katanya.

Tambahnya, penurunan itu jelas ketara dalam tahun 2009 bila mana hanya 194 orang penjawat awam yang ditangkap iaitu 39 peratus daripada jumlah tangkapan seramai 500 orang. - Utusan


Bookmark and Share

Comments

  1. sedih napok pok nik! sedih gapo gak...demo hok pilih buak, terimo la tuloh lepah ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T