Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Friday, April 16, 2010

Ezam bongkar lagi rahsia pkr

TEMERLOH 15 April - Kandungan enam kotak rahsia yang disimpan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dijadikan 'senjata politik' sejak 12 tahun lalu, kini terus menjadi misteri.

Kewujudan kotak-kotak dokumen rahsia yang dikaitkan dengan kegiatan rasuah pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) itu, didedahkan sendiri bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Noor.


Ezam membuat pendedahan mengenai kotak-kotak yang disimpan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada malam 11 Ogos 1998, iaitu ketika berceramah di hadapan ribuan penyokong Anwar di hadapan deretan rumah kedai di Kampung Gajah, Perak.

Apabila ucapan Ezam itu dilaporkan di muka hadapan Utusan Malaysia keesokannya, ia mencetuskan kemarahan rakyat di samping tokoh-tokoh agama dan pakar undang-undang yang mengutuk Anwar dan menyifatkannya pengkhianat negara kerana melarikan dokumen rasmi kerajaan.

Hari ini, iaitu selepas kira-kira 12 tahun kemudian, Ezam mendedahkan, beliau sendiri sebenarnya tidak pernah pun melihat atau mengetahui kandungan kotak-kotak rahsia yang dimiliki Anwar itu.

Apa yang berlaku, jelas Ezam, beliau hanya menurut arahan Anwar supaya 'menjaja' isu enam kotak itu yang kononnya membabitkan isu rasuah pemimpin UMNO dan BN.

Kata Ezam, beliau sendiri sebenarnya tidak pernah melihat isi kandungan enam kotak yang dijadikan modal ceramah politiknya ketika bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Beban sebenar untuk mendedahkan kandungan rasuah dalam enam kotak tersebut terletak di bahu Anwar sendiri. Saya sebenarnya tidak tahu isu kandungan yang terdapat dalam kotak-kotak tersebut.

"Anwar sendiri yang tunjuk enam kotak itu kepada saya. Dia kata, 'Ezam, itu enam kotak yang mengandungi kegiatan rasuah pemimpin UMNO dan kerajaan, I nak you hebahkan kepada rakyat di seluruh negara'," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan pidato umum bertajuk 'Membongkar Rahsia PKR' di Felda Bukit Damar, Lanchang dekat sini malam tadi.

Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik kepada Anwar hairan kerana sehingga kini bekas bosnya itu tidak mendedahkan kandungan kotak-kotak tersebut. - Utusan

Komen :

Kan saya sering katakan yang isu kotak ni memang Ezam sendiri pun tak tahu.

Insiden berlaku semasa ceramah Ezam di Pasir Salak pada 1999. Biasalah, tengah berceramah, puak-puak taksub pun bertempik sorak dan bertakbir...dan Ezam pun 'terkeluarlah' isu ini secara tidak dirancang.

Keesokannya, Ezam cuba mendapatkan pengesahan dari Azmin dengan pergi ke rumah Azmin (sebauh banglo di Tasik Titiwangsa). Namun, Azmin juga tak dapat buktikan dengan memberi alasan kononnya, dokumen tersebut berada di tangan Rosli Ibrahim (adik Anwar).

Untuk kepastian, Ezam ke rumah Rosli di Bukit Teratai Ampang...dan hasilnya sama iaitu dokumen tak ada dengan Rosli sebaliknya Rosli menamakan Adlin (bekas Setiausaha Akhbar Anwar), yang menyimpannya.

Begitulah taktik 'gempak' dan 'gertak' Anwar & PKR. Bukti tak ada tapi cakap macam mereka sohih menyimpan segala bukti...Isytiqhorohlah untuk yang terbaik.

1 comment:

  1. Bro, apa nak heran dgn Anwar........semua rakyat sudah tahu, malah yahudi-israel pun dah tahu dia ni pembohong, putarbelit, kalau tak masakan yahudi menggelar dia chameleon......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...