Skip to main content

BN disaran guna sepenuhnya media baru hadapi pilihanraya


SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) disaran supaya memaksimumkan penggunaan media baru seperti laman blog dan laman web bagi mendekati pengundi ketika pilihan raya termasuk pilihanraya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April nanti.

Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Prof Dr Ramlah Adam, berkata ia penting diberi perhatian kerana laman web dan blog adalah sumber rujukan utama masa kini yang diguna pakai oleh semua pihak terutama golongan muda dalam mendapatkan pelbagai maklumat termasuk politik.

"Orang sekarang terutamanya orang muda memang hanya bergantung pada media baru, mereka hendak tahu apa-apapun pasti melalui blog, tidak ada lagi rujukan pada buku malah mereka juga kurang gemar dengan surat khabar.

"Oleh itu pemimpin BN perlu sedar senario ini dan mengambil pendekatan dengan menyalurkan maklumat menggunakan saluran seperti ini," katanya di sini, hari ini.

Selain penggunaan media baru, Dr Ramlah berkata, BN juga perlu mengutamakan latar pendidikan calon mereka sebelum dilantik untuk bertanding kerana pengundi muda yang kebanyakannya berpelajaran tinggi, lebih melihat calon mereka berdasarkan aspek tersebut.

Kepentingan media baru turut disuarakan oleh Pengarah Institut Penyelidikan Perakaunan UiTM, Dr Normah Omar dengan berkata, banyak maklumat yang tersebar melalu laman pencarian yang disediakan oleh Google misalnya, yang boleh dimanfaat oleh BN.

"Tetapi apabila saya Google tentang perkataan ekonomi Selangor, kenapa maklumat dari Pakatan Rakyat yang keluar. Ia disebabkan hampir setiap Adun Pakatan Rakyat mempunyai blog dan laman web mereka.

"Saya tengok dalam BN, hanya seorang atau dua orang saja yang mempunyainya. Kehadiran mereka tidak terasa, kalau perkara ini berterusan anda (BN) akan ketinggalan daripada sosial media," katanya.

Beliau berkata, oleh itu BN mesti menggunakan peluang dengan memasukkan seberapa banyak maklumat mereka dalam media baru.

Normah berkata, BN tidak boleh bergantung kepada media tradisional semata-mata seperti akhbar untuk menyebarkan maklumat terutama kepada generasi muda.

"Anak perempuan saya misalnya tidak lagi menonton TV, dia lebih gemar menonton Youtube. Jadi BN juga kena pandai gunakannya media baru ini untuk tarik sokongan." katanya. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...