Skip to main content

PRK Hulu Selangor: Empat calon serah borang pencalonan

HULU SELANGOR 17 April - Empat termasuk dua calon Bebas telah menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.

Calon Barisan Nasional (BN), P.Kamalanathan menyerahkan borang pencalonannya pada kira-kira pukul 9.25 pagi ini.

CALON pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, (dari kiri) P Kamalanathan (BN), Johan Mohd Diah (Bebas), Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan V S Chandran (Bebas) selepas menyerahkan borang pencalonan di Dewan Serbaguna Pusat dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selanmgor, di Kuala Kubu Bahru pagi ini.

Sebelum itu, Datuk Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba di pusat Dewan Serba Guna, Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor dan menyerahkan borang sebaik sahaja pusat penamaan calon dibuka 9 pagi.


Dua calon Bebas yang turut menyerahkan borang pencalonan mereka ialah bekas Naib Pengerusi MIC Hulu Selangor, S. Chandran dan peniaga Johan Mohd Diah.

CALON Barisan Nasional (BN), P Kamalanathan (depan, tiga dari kiri), yang diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin serta penyokong BN mula berarak ke pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor, pagi ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai perarakan penyokong-penyokong BN dari Bangunan UMNO Hulu Selangor, manakala PKR diketuai Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Lebih 1,000 anggota polis berkawal untuk menjaga keselamatan, termasuk menggunakan helikopter.
Penamaan calon yang dibuka pukul 9 pagi berakhir sejam kemudian dan waktu bantahan ditetapkan dari pukul 10 pagi hingga 11 pagi.

Setakat ini, proses penamaan calon berjalan lancar. - Utusan

Comments

  1. Salam Perjuangan,

    Kami dari Unit Media Wangsa Maju ingin menjemput anda untuk melayari blog kami di www.mediawangsamaju.blogspot.com.

    Pelbagai isu politik semasa dapat anda lihat melalui blog kami terutamanya dalam menghadapi PRK Hulu Selangor.

    Kami juga telah link blog anda dalam senarai blog pilihan kami.

    Kami juga mengalu-alukan kehadiran anda menyertai salah seorang follower kami.

    Di harap kita dapat bekerjasama di masa akan datang dalam pengendalian blog hebat seperti blog anda.

    AMAT
    Crew Unit Media Wangsa Maju

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...