Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang (PAS), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (kiri) dan beberapa wakil pihak pembangkang lain mencetuskan huru hara sebaik sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bermula di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, hari ini. Mereka membuat kecoh membantah Speaker Datuk R. Ganesan sebagai tidak sah. Malah, wakil rakyat pembangkang terus membuat bising dan tidak menyertai sesi soal jawab yang sedang berjalan. Kesemua 28 wakil rakyat pembangkang kemudiannya bertindak keluar dewan kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat hari kedua. IPOH, 31 Mac (Bernama) -- Kesemua 28 wakil rakyat pembangkang keluar meninggalkan sidang Dewan Undangan negeri (DUN) Perak, pada Rabu kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat yang masuk hari kedua. Semua wakil daripada pakatan pembangkang meninggalkan dewan kira-kira sejam selepas persidangan bermula pada 10 pagi. Sebelum itu, sebaik sidang bermula dengan sesi soalan lisan, wak...