Skip to main content

Ibrahim Ali Cadang Suruhanjaya Diraja Siasat Tindak-tanduk Anwar

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Seorang anggota Bebas hari Isnin mencadangkan di Dewan Rakyat supaya satu suruhanjaya diraja dibentuk bagi menyiasat tindak tanduk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mengancam keselamatan negara atau membuka kertas putih berhubung perkara itu.

Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berkata langkah itu perlu diambil oleh kerajaan bagi memperbetulkan persepsi rakyat terhadap Anwar.

Katanya rakyat terutama orang kampung terpedaya apabila perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar sebagai tertuduh dijaja di seluruh negara.

"Jadi, sudah cukuplah kalau kita kumpulkan tindak-tanduknya seperti yang didedah oleh Ahli Parlimen Bayan Baru mengenai Peristiwa 16 Sept, nama Agong, nama Ketua Turus Tentera diseret, kemudian cerita Apco yang menjadi heboh pagi ini yang didedah penafiannya oleh Ahli Parlimen Rembau, kemudian kaset yang mempergunakan tokoh agama iaitu Yusuf al-Qaradawi dan surat serta risalah yang ditandatangani oleh Ahli Parlimen Machang," katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Ibrahim berkata, tidak ada siapa yang melebihi undang-undang di negara ini, malah Malaysia mempunyai Mahkamah Khas untuk membicarakan kes-kes yang membabitkan Raja-raja Melayu.

"Jadi, orang lain boleh didakwa di mahkamah, orang ini tak boleh sebab kononnya dia tak bersalah...jadi, ini adalah hari yang amat mengaibkan.

"Sebab itu saya katakan wajar kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja atau menjalankan inkues untuk menyiasat ataupun membuka kertas putih supaya kita dapat betulkan persepsi rakyat ini, betulkan fikiran rakyat ini, kononnya ketua pembangkang ini adalah satu tokoh yang cukup bersih, hebat dan dia sajalah yang dapat menyelamatkan negara Malaysia ini, orang lain tak layak jadi Perdana Menteri.

"Dan selagi mana dia tak dapat jadi Perdana Menteri, selagi itulah ianya menghantui rakyat Malaysia dan selagi itulah isu ini akan terus berlaku, dan saya tidak tahu bagaimanakah perjalanan mahkamah pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata, kerajaan berada dalam keadaan serba-salah untuk mengambil tindakan terhadap Anwar.

"Mengambil tindakan dikatakan zalim, tak ambil tindakan, ini yang jadi. Jadi yang pentingnya macam mana nak betulkan persepsi atau pandangan rakyat mengenai perangai dan tindak-tanduk Ketua Pembangkang ini.

"Saya bandingkan dengan kes Datuk Harun (Idris) dulu, kes Datuk Mokhtar (Hashim) serta banyak lagi pemimpin-pemimpin lain yang dihadapkan ke mahkamah, tetapi mereka melalui proses mahkamah dengan penuh tenang sebab kita kena percaya suatu hari nanti, Allah akan buktikan siapa yang benar dan tidak benar," katanya lagi.

Selama ini, beliau berkata pihak pembangkang terutamanya beria-ia mahu melihat sistem kehakiman negara berjalan dengan baik tanpa diganggu gugat, telus dan dihormati oleh semua pihak sehingga Jawatankuasa Pelantikan Hakim dibentuk.

Beliau juga meminta kerajaan menyiasat pengedaran sejuta risalah serta surat yang turut dilampirkan laporan perubatan yang mendakwa Anwar tidak bersalah dan dianiayai dalam kes liwat yang membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Selain itu, terdapat kaset atau cakera padat yang mengandungi fatwa Yusuf al-Qaradawi yang dibuat di kediaman tokoh agama itu di Qatar yang mahu Saiful dirujuk di bawah qazaf mengikut Undang-undang Syariah kerana gagal mengemukakan empat saksi dalam pertuduhan liwat terhadap Anwar.

Ibrahim mencadangkan kerajaan mengambil langkah mempertemukan Saiful dengan Yusuf bagi membolehkan ulama terkenal itu mendapatkan gambaran sebenar mengenai kes itu.

Katanya tindakan Anwar turut menyaksikan campur tangan 50 anggota Parlimen Australia yang mendesak agar tuduhan liwat terhadap Anwar digugurkan.

Ibrahim berkata beliau telah mengutus surat kepada anggota Parlimen Australia Micheal Danby yang merupakan pengerusi jawatankuasa kecil hal ehwal luar negara bagi membantah campur tangan tersebut.

"Mengikut apa yang saya dapat dari website, Micheal Danby adalah dari bangsa Yahudi dan penyokong kuat Israel serta pejuang hak asasi golongan gay dan lesbian. Ini maklumat yang mungkin rakyat Malaysia terutama orang kampung tak tahu," katanya. -- BERNAMA 

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...