Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Thursday, March 4, 2010

Pemimpin PKR mulai sedar - Mukhriz

PUTRAJAYA 3 Mac - Tindakan beberapa wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti sudah dijangkakan berikutan prinsip perjuangan parti itu yang bercelaru dan tidak jelas.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, ia ditambah pula dengan sikap kalangan pemimpin mereka sendiri yang tidak boleh menerima kritikan dan pandangan ahli sehingga tidak ada ruang untuk mereka bersuara.


''Kita mesti ada ruang untuk kritik kepimpinan kerana ini merupakan satu perkara baik dalam zaman yang menjurus kepada ketelusan demi satu pembaharuan untuk menepati aspirasi rakyat.

''Jika nak ikut pengalaman, saya sendiri antara yang lantang mengkritik kepimpinan parti, tetapi saya tidak lari dari parti kerana berpegang pada prinsip untuk mengkritik secara membina demi kepentingan parti," katanya.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, mereka yang memilih untuk keluar dari parti pembangkang diyakini sudah sedar dengan kesilapan sendiri.

''Mereka sudah sedar akan kesilapan mereka dan kemudian membuat keputusan tanpa sebarang campur tangan BN dan UMNO.

''Bukan kerja kita (BN) untuk menyuruh mereka lompat parti kerana tumpuan kita adalah berkhidmat untuk rakyat," katanya. - Utusan

2 comments:

  1. Salam bro, benar apa yg diungkapkan oleh Mukriz, kebanyakan pemimpin-pemimpin dalam PKR sudah mula sedar dengan kesilapan perjuangan mereka, begitu juga dengan sebahagian penyokong-penyokong mereka......

    ReplyDelete
  2. kita tgu tgk apa saifudin nasution nak belit lepas ni. itu pun satu besar punya belit...anak murid anwar, adik azmin!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...