Skip to main content

Lima Juta Warga Malaysia Aktif Dalam Facebook - Najib

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bergambar bersama kira-kira 300 peminat Facebook, Twitter dan blog Perdana Menteri yang menghadiri majlis jamuan teh di Seri Perdana, Putrajaya, 13 Mac.

PUTRAJAYA, 13 Mac (Bernama) -- Kira-kira lima juta warga Malaysia sangat aktif dalam laman web sosial, Facebook, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ini satu petanda yang baik bahawa masyarakat kini memanfaatkan penggunaan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) dan kerajaan akan melaksanakan inisiatif jalur lebar seberapa luas yang boleh.

"Dengan itu, kita dapat menghubungkan semakin ramai warga Malaysia. Dengan itu, kita dapat menggunakan internet untuk meningkatkan kesinambungan sosial kita.

"Keindahan internet ialah ia meruntuhkan benteng antara kita. Ia meruntuhkan benteng (perbezaan) bangsa, agama dan usia. Kita berada di sini kerana kita dihubungkan di internet," kata beliau dalam majlis jamuan teh Perdana Menteri bersama rakan internet 1Malaysia di kediaman rasmi beliau, Seri Perdana, di sini Sabtu.

Turut hadir ialah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak mereka, Nooryana Najwa serta Nor Ashman Razak.

Kira-kira 300 rakan internet beliau dari seluruh negara dan daripada pelbagai kaum serta peringkat umur menghadiri majlis itu.

Najib berkata kerajaan menggunakan teknologi terkini, iaitu internet, sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi dengan masyarakat, contohnya, selepas beliau membentangkan Bajet 2010, beliau menerima beratus-ratus cadangan yang berguna daripada rakyat.

"Saya mahu anda semua merasakan bahawa anda mempunyai kerajaan yang sangat responsif kepada keperluan dan aspirasi rakyat Malaysia.

"... dan kami akan menggunakan teknologi terkini untuk berhubung dan berkomunikasi dengan rakyat Malaysia. Melalui cara ini, kita akan memperoleh komunikasi dua hala dan kesinambungan antara rakyat dan kerajaan.

"Memanglah orang akan mengutus surat, orang menulis dakwaan dan sebagainya, tetapi tiada yang serupa dengan penggunaan internet kerana ia semestinyalah kaedah yang paling berkesan untuk berkomunikasi antara satu sama lain," katanya.

Mengenai majlis hari ini, Najib berkata pertemuan yang julung kali diadakan itu sebagai kaedah untuk mengenali secara bersemuka dengan rakan internet yang telah mengambil inisiatif untuk mendaftar sebagai rakan Facebook beliau.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata beliau tidak dapat menjemput kesemua rakan internet beliau yang kini berjumlah kira-kira 120,000 orang dan jumlah itu meningkat setiap hari.

Beliau berkata kumpulan pertama seramai 300 orang dipilih memandangkan ia jumlah maksimum yang dapat memenuhi saiz dewan bankuet di Seri Perdana dan lebih ramai lagi akan dijemput pada majlis seumpama itu pada masa akan datang.

Daripada jumlah yang hadir, seramai 45 peratus daripada kalangan umur 15-29 tahun, antara 30-39 tahun (35 peratus) dan lebih 40 tahun (20 peratus), katanya.

Sambil melahirkan penghargaan kepada rakan internetnya kerana sangat responsif dan turut meminta maaf kerana adakalanya tidak dapat membalas komen-komen yang diberikan, beliau menyifatkan majlis itu sangat berjaya.

"Ini kali pertama kita berjumpa namun saya dapat merasakan hubungannya. Saya mendoakan kejayaan anda semua dan komited kepada semangat 1Malaysia... anda semua penggerak yang penting bagi membangunkan negara bersama-sama dengan kerajaan.

"Ayuh kita bekerjasama dan menjadikan Malaysia negara yang utuh, bersatu padu dan makmur. Sila teruskan berhubung menerusi internet," katanya. -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T