Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Thursday, March 25, 2010

Anwar memang baik dengan Amerika Syarikat - Azmin

KUALA LUMPUR 24 Mac - Peluang untuk membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini digunakan hampir sepenuhnya Azmin Ali (PKR-Gombak) untuk mempertahankan 'bosnya', Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR- Permatang Pauh).

Pada perbahasan itu, beliau begitu ghairah menonjolkan Anwar sebagai bukan calang-calang anak Melayu kerana mempunyai hubungan yang baik dengan Amerika Syarikat (AS).


Azmin yang sering dilabelkan oleh pelbagai pihak sebagai 'anak emas' Anwar itu menegaskan yang beliau merasa terpanggil untuk menjawab tuduhan UMNO bahawa Penasihat PKR itu adalah ejen Yahudi kerana persahabatannya dengan bekas Setiausaha Pertahanan AS, Paul Wolfowitz.

Naib Presiden PKR itu tidak menafikan mereka berdua adalah kenalan lama sewaktu Wolfowitz bertugas sebagai Duta AS di Indonesia, malah pernah mengadakan mesyuarat rasmi di Pentagon yang turut disertai beberapa pegawai tertinggi tentera AS.

Bagi membuktikan perkara itu, Azmin mengemukakan kepada Dewan Rakyat sekeping gambar mesyuarat berkenaan yang siap dibingkaikan.

"Anak Melayu ini yang berasal dari Permatang Pauh berhujah dengan petah dan berani bagi pihak jutaan umat Islam di seluruh dunia supaya AS hormati kedaulatan Iraq," dakwanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Azmin turut mendakwa Anwar juga telah menggesa Washington mengeluarkan nama ulama tersohor, Dr. Yusuf Qaradhawi dari senarai nama pengganas.

Azmin bagaimanapun tidak menjawab celahan Datuk Tajuddin Abd. Rahman (BN-Pasir Salak) yang bertanyakan mengenai jumlah rakyat Iraq yang terbunuh akibat penaklukan tentera AS selepas pertemuan itu.

Terdahulu dalam perbahasannya, Azmin menyerang akhbar Utusan Malaysia sebagai 'tisu tandas' dan mendakwa akhbar itu tidak menjana pemikiran rakyat yang sihat. - Utusan

1 comment:

  1. Memang pengkhianat la anwar ni. Bangsat!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...