Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Wednesday, March 31, 2010

Meroyan lagi! : ADUN Pembangkang Keluar Sidang DUN Perak

Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang (PAS), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (kiri) dan beberapa wakil pihak pembangkang lain mencetuskan huru hara sebaik sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bermula di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, hari ini. Mereka membuat kecoh membantah Speaker Datuk R. Ganesan sebagai tidak sah. Malah, wakil rakyat pembangkang terus membuat bising dan tidak menyertai sesi soal jawab yang sedang berjalan. Kesemua 28 wakil rakyat pembangkang kemudiannya bertindak keluar dewan kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat hari kedua.

IPOH, 31 Mac (Bernama) -- Kesemua 28 wakil rakyat pembangkang keluar meninggalkan sidang Dewan Undangan negeri (DUN) Perak, pada Rabu kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat yang masuk hari kedua.

Semua wakil daripada pakatan pembangkang meninggalkan dewan kira-kira sejam selepas persidangan bermula pada 10 pagi.

Sebelum itu, sebaik sidang bermula dengan sesi soalan lisan, wakil-wakil pembangkang membuat kecoh membantah Speaker Datuk R. Ganesan sebagai tidak sah.

Sepanjang sesi berkenaan, wakil rakyat pembangkang terus membuat bising dan tidak mengambil bahagian bagi mengemukakan soalan hingga sesi berlangsung kira-kira 10.45 pagi. Hanya wakil Barisan Nasional mengemukakan soalan bagi sesi itu.

Bercakap pada sidang akhbar di luar dewan, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Pasir Panjang daripada PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata wakil rakyat pakatan pembangkang meninggalkan dewan kerana Ganesan gagal memainkan peranannya sebagai Speaker dan tidak mengikut Perintah Tetap.

Sementara itu, Datuk Shaahrani Mohamad (BN-Rungkup) mencadangkan supaya gelaran Datuk Seri dan Datuk yang masing-masing dikurniakan kepada Mohammad Nizar, yang juga bekas Menteri Besar, serta Adun Sitiawan daripada DAP Datuk Ngeh Koo Kam dilucutkan oleh Istana Perak.

Ketika membahaskan usul menjunjung kasih atas titah ucapan perasmian sidang dewan oleh Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah, beliau turut meminta supaya undian dibuat terhadap usul yang dikemukakannya itu. -- BERNAMA

Kekecohan pembangkang seperti dirancang: Zambry

ADUN pembangkang beramai-ramai berjalan keluar meninggalkan Bangunan Perak Darul Ridzuan memboikot persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, hari kedua di Ipoh, hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata tindakan wakil rakyat pembangkang yang menimbulkan kekecohan serta bertindak keluar beramai-ramai dari sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), pagi ini seperti sudah dirancang dari awal.

Beliau berkata, tindakan mereka seolah-olah sengaja dirancang serta menimbulkan isu persidangan yang kononnya tidak mengikut peraturan dewan.

Katanya, ia boleh dilihat daripada tindakan sebahagian besar mereka yang berpakaian serba hitam dan membawa poster dalam dewan. 

"Pembangkang cuba jadikan DUN sebagai kandang dan tempat demonstrasi," katanya pada sidang media sebentar tadi.

1 comment:

  1. meroyan ni, kalau tak berubat, alamat bawak mati la...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...