Skip to main content

Jika kritikan dijadikan alasan : Karpal patut sudah dipecat dari DAP - Zulkifli Noordin

KUALA LUMPUR 9 Mac - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mempersoalkan sama ada pakatan pembangkang sebenarnya mengamalkan sikap pilih kasih dalam menghukum pemimpin yang mengkritik kepimpinan parti.

Beliau berkata, ini kerana Pengerusi DAP, Karpal Singh langsung tidak dikenakan tindakan walaupun membuat kenyataan keras dan mengutuk kepimpinan PKR dan pakatan pembangkang melalui sidang akhbar 8 Februari tahun lalu.


Katanya, dalam sidang akhbar itu Karpal menuntut Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertaubat dan meletak jawatan Ketua Pembangkang ekoran konspirasi lompat parti untuk membentuk kerajaan pusat pada 16 September 2008.

"Sebelum ini, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng dikenakan tindakan disiplin hanya kerana mengkritik kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, malahan saya (sendiri) dipecat.

"Kalau nak dibandingkan kenyataan kami mengkritik kepimpinan Guan Eng dengan kenyataan keras dan biadap Karpal, sepatutnya Karpal sudah lama dipecat daripada DAP dan pakatan pembangkang," katanya dalam entri bertajuk 'Final Countdown?' di blognya zul4kulim.blogspot.com.

Dalam blog itu, Zulkifli turut menterjemahkan satu laporan berita dalam bahasa Inggeris yang memetik kenyataan Karpal menyalahkan Anwar kerana menimbulkan kekacauan selain menyatakan bahawa Penasihat PKR itu perlu bertaubat dan tidak terus mengkhianati rakyat dan keyakinan mereka.

Dalam laporan berita itu, Karpal turut menyelar kepimpinan PKR dan DAP kerana terpedaya dengan retorik Anwar yang menyokong wakil rakyat melompat parti.

Semalam, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong turut menyelar Karpal berasaskan laporan berita yang sama dan mendesak Karpal meminta maaf kepada Anwar. - Utusan

Comments

  1. ini dulu, skrang karpal dah jilat balik 'ludah'nya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...