Skip to main content

DAP tidak mahu terima Zulkifli

Ahli Parlimen Bebas dianggap batu api

KUALA LUMPUR: DAP sama sekali tidak akan membuka pintu kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sabtu lalu.

Sambil menyifatkan Zulkifli sebagai ‘batu api’, Timbalan Pengerusinya, Dr Tan Seng Giaw, mendakwa Zulkifli cuba mewujudkan masalah di kalangan rakan pembangkang apabila mengeluarkan kenyataan sinis kononnya mempertimbangkan untuk menyertai DAP.


Dr Tan berkata, Zulkifli perlu sedar hubungan DAP, Pas dan PKR dalam pakatan pembangkang erat, menghormati di antara satu sama lain selain akur keputusan Jawatankuasa Disiplin PKR. “Kita (DAP) tidak mahu orang bermasalah walaupun DAP adalah parti berbilang bangsa. Tiada tempat untuk ‘batu api’ dalam DAP..., mungkin beliau (Zulkifli) boleh menyertai parti politik yang lain bukannya pembangkang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Zulkifli ketika menjadi tetamu dalam sesi soal jawab dalam talian NST Online, berkata selain mempertimbangkan kemungkinan untuk menyertai DAP sekiranya terdapat tawaran daripada parti itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang adalah pemimpin yang paling sesuai untuk menjadi Ketua Pembangkang.

Ditanya mengenai kenyataan Zulkifli itu, Dr Tan berkata, DAP menyokong penuh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, berkata pihaknya tidak akan mengeluarkan sebarang komen berhubung apa-apa kenyataan Zulkifli selepas ini. “Cukuplah... rasanya kita tidak mahu memberi sebarang komen lagi berhubung perkara (Zulkifli) ini,” katanya. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...