Skip to main content

Zulkifli Noordin Bertindak Keluar Sidang Lembaga Disiplin

AHLI Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin berjalan keluar dari pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya, hari ini selepas tidak puas hati dengan barisan panel lembaga disiplin berhubung isu kalimah Allah kerana tiga daripada empat anggotanya adalah bukan Islam. Zulkifli mendesak supaya panel lembaga disiplin bagi menyiasat kenyataannya berhubung isu kalimah Allah itu dianggotai umat Islam.

PETALING JAYA, 4 Mac (Bernama) -- Anggota Parlimen Kulim Bandar-Baharu Zulkifli Noordin Khamis bertindak keluar daripada sidang Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membicarakan kesnya berhubung isu kalimah Allah, kerana membantah anggota panel terdiri daripada bukan Islam.

Beliau berkata tindakan itu berasaskan prinsipnya yang tidak mahu tunduk atau mengiktiraf panel bukan Islam bagi membicarakan isu berhubung agama Islam.

"Walaupun saya telah bersedia untuk menjawab semua pertuduhan dan membela diri saya, tetapi saya tidak boleh tunduk dan mengiktiraf panel bukan Islam untuk membicarakan saya dalam hal agama saya. Oleh itu saya membuat 'walkout'," katanya kepada pemberita selepas kira-kira 30 minit panel itu bersidang, di sini.

Zulkifli berkata daripada empat anggota panel disiplin yang membicarakan kes beliau itu, hanya seorang beragama Islam iaitu Syed Kamarulzaman Syed Kaber selaku ketua panel, manakala dua lagi ialah aktivis Kristian iaitu Goh Keat Peng dan Chew Swee Yoke, serta seorang beragama Hindu iaitu T. Kumar.

Sambil menegaskan beliau tidak mempertikaikan kewibawaan kesemua anggota panel mahupun bersifat perkauman, Zulkifli berkata sewajarnya pihak parti menghormati permintaanya untuk dibicara oleh barisan panel beragama Islam menerusi tiga notis yang telah dihantar sebelum ini.



"Saya memberikan mereka masa untuk menimbangkan tuntutan saya dan mereka meminta masa hingga hari ini. Sementara itu, sekali lagi saya meminta pejabat Setiausaha Agung supaya mengkaji semula panel yang membicarakan saya supaya dilantik pada kalangan yang beragama Islam," katanya.

Anggota parlimen itu dihadapkan kepada lembaga disiplin parti bagi menjawab isu berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap rakan sekutu dari PAS, Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad, berkenaan isu kalimah Allah.

Zulkifli juga berkata beliau belum berhasrat untuk keluar daripada PKR kerana masih mampu bersabar.

"Saya masih bersabar. Setakat ini saya masih mempunyai keyakinan terhadap pemimpin utama parti...masih boleh sabar lagi," katanya ketika ditanya mengapa beliau tidak bertindak keluar daripada PKR berikutan insiden terbaru itu.

Zulkifli juga percaya bahawa insiden hari ini adalah rancangan jahat "firaun-firaun kecil" dalam PKR yang sengaja mahu memalukan dan mengaibkan beliau dan agama Islam serta sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan beliau dipecat.

"Sekurang-kurangnya kalau nak pecat saya pun, biarlah keadilan itu bukan sahaja dilaksanakan, tetapi dilihat dilaksanakan. Keadilan menuntut saya dibicarakan oleh mereka yang sekufu dengan saya, iaitu mestilah beragama Islam kerana ini membabitkan isu kalimah Allah," katanya yang mendesak panel itu dibubarkan dan dilantik dengan kesemuanya beragama Islam.

Saya bersedia bila-bila masa yang bersesuaian untuk berdepan dengan panel baru itu, kata Zulkifli.

Menjawab soalan mengapa beliau tidak bersama-sama dengan 12 anggota Parlimen PKR yang mengangkat sumpah setia kepada parti semalam, Zulkifli berkata beliau bukan sahaja tidak dijemput tetapi juga tidak diberitahu mengenainya.

Mengenai tindakan Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri yang keluar daripada PKR semalam, Zulkifli berkata wakil rakyat itu berhak berbuat demikian. -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T