Skip to main content

Najib Guna Denyut Nadi Rakyat Sebagai Kriteria Pilih Calon BN Di Hulu Selangor

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika menerima laporan Model Ekonomi Baru daripada Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Baru, Tan Sri Amirsham A. Aziz, di Putrajaya, hari ini.

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan menggunakan 'denyut nadi' rakyat untuk memilih calon yang sesuai bagi bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor nanti.

"Kita kena buat kajian dululah, sebab itu saya tidak boleh jawab soalan ini sekarang. Kita kena teliti, rasa denyut nadi rakyat dan sebagainyalah. Tinjau, tinjau dulu," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Negara di sini Isnin.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai calon yang paling sesuai mewakili BN pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor nanti.

Beliau berkata faktor utama Rakyat Didahulukan akan digunakan dalam pemilihan calon itu nanti.

Mengenai cadangan Umno Selangor yang ingin mencalonkan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, Najib meminta supaya diberi sedikit lagi masa untuk membuat keputusan yang tepat.

"Saya kena kaji segala perkembangan, yang penting ialah kemenangan untuk BN dan ini yang saya utamakan," katanya.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat barah otak Khamis lepas.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008, Allahyarham memenangi kerusi itu dengan majoriti tipis 198 undi menewaskan calon BN, Datuk G. Palanivel.

Ketika diminta mengulas mengenai hasrat kesemua 36 anggota jawatankuasa Umno (AJK) bahagian Bukit Bendera, Najib berkata beliau akan meminta Jawatankuasa Pengurusan Umno meneliti perkembangan mutakhir itu.

"Apa pun mestilah berdasarkan Perlembagaan Parti, saya minta Jawatankuasa Pengurusan Umno meneliti perkembangan yang mutakhir ini," katanya.

Kesemua AJK Umno Bukit Bendera dalam sidang media hari ini mengumumkan untuk menyerahkan surat peletakan jawatan mereka kepada Badan Perhubungan Umno negeri yang dijangka bermesyuarat pada minggu ketiga bulan depan bagi membolehkan satu mesyuarat perwakilan khas bahagian itu diadakan bagi melantik semula Datuk Ahmad Ismail sebagai ketua bahagian itu.

Ketua Bahagian, Abdul Jalil Ariffin berkata menurut Fasal 15.8 Perlembagaan Umno, jika anggota jawatankuasa Umno bahagian berhenti serentak, Majlis Tertinggi Umno akan mengarahkan mesyuarat perwakilan khas bahagian diadakan untuk menubuhkan semula jawatankuasa bahagian itu dan menentukan tempoh perkhidmatannya.

Ahmad digantung daripada parti selama tiga tahun dari September 2008 berikutan kritikan orang ramai selepas beliau mengeluarkan kenyataan sensitif semasa berkempen dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Pada Disember tahun lepas, Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk menarik balik penggantungan Ahmad kerana mengeluarkan kenyataan itu. -- BERNAMA

Comments

  1. mood skrg mahukan wakil umno utk jadi calon. utamakan anak tempatan dan jgn ulangi kesilapan 2008 berlaku di hulu selangor.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T