Skip to main content

Pengundi Hulu Selangor mahu pemimpin Umno


HULU SELANGOR: Penduduk mahu Barisan Nasional (BN) meletakkan pemimpin Umno bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kerana majoriti pengundi di kawasan itu adalah orang Melayu.

Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Sungai Buaya, Datuk Ruslee Hashim, berkata pemilihan calon Umno penting kerana 53.94 peratus daripada 63,000 pengundi di Hulu Selangor adalah orang Melayu.
 
"Apa yang perlu difikirkan adalah calon popular yang boleh buat kerja, penduduk tempatan dan berjiwa rakyat. Kami tidak mahu calon retorik yang menyusahkan penduduk setelah menang dalam pilihan raya di sini. "Banyak perubahan dan janji pilihan raya tidak ditunaikan calon terdahulu. Pengundi serik dengan keadaan ini sewajarnya semua pihak perlu pertimbangkan permintaan dan suara dari akar umbi yang mempunyai kuasa mutlak memilih wakil rakyat," katanya.

Mohd Amin Tan dari Bandar Bukit Sentosa pula berkata, BN perlu memilih calon Umno yang mempunyai peluang lebih besar untuk merampas kerusi itu, memandang pengundi India hanya 18.98 peratus.

"Kekalahan lalu perlu dijadikan pengajaran dan sepatutnya peluang kali ini tidak perlu dilepaskan begitu saja. Hanya kemenangan bakal mengubah nasib penduduk di sini,’ katanya.

Lee Kwai Ling pula berkata, semua pihak perlu memberi ruang kepada calon dari Umno untuk kembali menawan Hulu Selangor.

Katanya, pengundi Cina juga hidup tertekan dan serba kekurangan di bawah penguasaan parti pembangkang yang gagal menunjuk prestasi kerja yang baik.

"Paling penting kerusi itu diberikan kepada Umno. Ramai calon yang berkelayakan dari parti terbesar ini. Saya optimis ramai pemimpin tempatan anak jati Hulu Selangor boleh bertanding dalam pilihan raya kecil itu,” katanya.

Wakil kaum India, Sauthi Devi Virrapan berkata, ramai pengundi yakin BN akan mendapat laluan mudah sekiranya calon itu datangnya daripada kerusi Umno.

"Ketika ini, usah mencari bibit permusuhan dengan Umno tetapi menjalankan permuafakatan dan rundingan terbaik untuk mencipta formula kemenangan bergaya.

"Saya sokong dan akan memilih calon berjiwa rakyat dan sedia menggempur musuh bagi mencari kemenangan dalam pilihan raya kecil nanti," katanya.

Pekerja swasta, Kamala Suppayah, berkata suara peringkat akar umbi perlu diberikan perhatian pemimpin atasan kerana sebarang kemungkinan ditentukan mereka.

Katanya, pengundi sudah bijak membuat pemilihan dan sebab itu faktor calon perlu diberi perhatian.

"Tidak salah mengubah kerusi dari MIC kepada Umno berdasarkan beberapa alasan munasabah yang boleh diberi perhatian berat,” katanya.

Tan Kwai Yee dari Hulu Yam Bharu berkata, kawasan Hulu Selangor memerlukan pembangunan seimbang yang berterusan dalam semua perkara.

"BN wajar meletakkan sasaran dan mengatur strategi tepat bagi meraih kemenangan semula bagi mengekalkan kejayaan menang tiga kerusi Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya umum lalu,” katanya. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...