Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Wednesday, March 10, 2010

Zul Nordin terus dihina

KUALA LUMPUR 9 Mac - Zulkifli Noordin terus dihina dengan pelbagai label negatif oleh pemimpin Pas selepas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana bertegas dalam isu membabitkan akidah.

Kecaman itu dibuat bagi memberi tekanan kepada kepimpinan tertinggi Pas supaya tidak menerima Zulkifli sebagai ahli parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu.


Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamed Hanipa Maidin berkata, Zulkifli adalah watak pengacau bagi mana-mana parti politik dalam negara ini.

Katanya, Zulkifli juga adalah satu liabiliti dan bukannya aset buat Pas.

"Sebagai salah seorang pemimpin Pas Pusat saya tidak boleh menerima apa-apa alasan atau justifikasi sekiranya Pas bersedia menerima semula Zulkifli Nordin sebagai ahli Pas.

"Kecualilah Pas ingin diporakperandakan seperti mana Zulkifli berjaya memporak perandakan PKR sebelum ini," katanya dalam laman blognya http://peguampas.blogspot.com.

Zulkifli yang terkenal dengan ketegasan dalam mempertahankan akidah mula dikritik secara keras oleh pemimpin Pas selepas beliau memberikan reaksi positif kepada kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa parti itu bersedia menerima Zulkilfi jika ikhlas mendokong prinsip perjuangan mereka.

Bagaimanapun sehari selepas itu, Tuan Ibrahim membuat 'pusingan U' dengan berkata, Pas memang mengamalkan dasar terbuka dalam keahlian parti namun tidak bermaksud akan menerima Zulkifli jika beliau membuat permohonan untuk menjadi ahli.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar semalam turut membidas Zulkifli dengan berkata, kehadiran beliau dalam Pas akan mencemarkan nama baik parti itu.

Sementara itu, Mohamed Hanipa berkata, jika Zulkifli berhajat untuk menyertai Pas semula, beliau ingin menyatakan:

"Maaf Zul, kami tahu siapa kamu dan tidak berminat langsung dengan perangai dan kelakuan kamu.

Kami percaya kamu sepatutnya meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen, duduk di rumah dan 'goyang kaki'

"Majoriti percaya kamu adalah pengacau dalam mana-mana parti politik di negara ini. Jika kamu mempunyai maruah sila bersara dalam tempoh 24 jam," katanya.

Sementara itu, Mohamed Hanipa berkata, Pas sebelum ini pernah membuat keputusan memecat Zulkifli apabila beliau melanggar keputusan Majlis Syura yang tidak membenarkannya bertanding dalam pilihan raya PKR.

"Bayangkan semasa beliau masih dalam Pas , beliau dengan tanpa rasa bersalah bertanding dalam pilihan raya atas tiket parti lain tanpa restu parti," tegasnya. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...