Skip to main content

Permulaan kehancuran PKR

 

  • Zulkifli dipecat serta-merta

  • Tidak akan buat rayuan

  • Enggan lepas Ahli Parlimen

  • Desak Anwar letak jawatan


  • KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menganggap pemecatannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah permulaan kepada kehancuran parti itu yang kini dikuasai firaun kecil yang bercita-cita mengubah perlembagaan negara ini.

    Zulkifli mendakwa penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mampu mengawal firaun kecil itu kerana beliau terlalu taksub untuk mengejar cita-cita sebagai Perdana Menteri dan sibuk dengan kes liwat yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen.

    Berikut soal jawab wartawan dengan Zulkifli di pejabatnya selepas Majlis Pimpinan Tertinggi Pusat (MPP) parti itu memecat beliau daripada parti itu.

    Soalan: Adakah firaun kecil cukup bahaya pada pandangan YB (Yang Berhormat).

    Jawapan: Cukup bahaya... bahaya kerana mereka mempunyai agenda untuk mengubah kerangka perlembagaan negara yang akan membabitkan segala institusi yang diiktiraf perlembagaan.

    Soalan: Tindakan mereka dilihat berbahaya, adakah kepemimpinan PKR tidak boleh mengawal mereka?

    Jawapan: Ya dan saya sedih kerana itu.

    Soalan: Apa pula pandangan YB mengenai masa depan PKR?

    Jawapan: PKR akan hancur kerana keputusan yang dibuat adalah mengikut kepentingan sendiri. Ramai lagi tokoh-tokoh yang akan keluar, saya sudah dihubungi mereka dan ia akan berlaku tidak lama lagi. Jumlah yang akan keluar itu adalah amat mengejutkan.

    Soalan: Apa pendapat YB mengenai kepemimpinan Anwar sekarang?

    Jawapan: Saya rasa Anwar perlu keluar daripada ketaksuban mengejar cita-cita ke Putrajaya tetapi menumpu untuk menguatkan parti, itu kesilapan besar beliau sebab semua perjuangan dalam bentuk ceramah mengejar kepada Putrajaya. Saya rasa ia tidak sepatutnya berlaku.

    Soalan: Adakah YB muktamad untuk tidak membuat rayuan?

    Jawapan: Saya tidak bercadang untuk membuat rayuan, saya kenal firaun kecil ini, mereka hanya berlakon saja seolah-olah semua proses sudah dibuat.

    Soalan: Adakah YB jangka akan dipecat?

    Jawapan: Tidak... saya jangka akan dipanggil berhubung ketidakpuasan hati terhadap panel bukan Islam (dalam Jawatankuasa Disiplin). - Berita Harian

    Comments

    Popular posts from this blog

    Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

    Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

    Anwar Ibrahim dan One-Zionis

      NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

    Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

    Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...