Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Saturday, March 13, 2010

Mohsin Fadzli tidak kosongkan kerusi Parlimen Bagan Serai

IPOH 13 Mac – Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan mengosongkan kerusi Parlimen berkenaan walaupun ada pihak dalam pakatan pembangkang mendesaknya berbuat demikian.

Katanya, beliau tidak terfikir untuk mengosongkan kerusinya dan sebaliknya akan meneruskan khidmatnya sebagai wakil rakyat bebas sehingga pilihan raya umum yang akan datang.

Pada 3 Mac lalu, Mohsin Fadzli mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Ahli Parlimen Bebas kerana ”politiking” melampau dalam PKR yang gagal dikawal oleh penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pilihan raya umum pun tidak lama lagi, saya akan tunggu dan menghabiskan penggal perkhidmatan saya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"Lagi pun apa perlunya saya meletak jawatan kerana saya masih lagi Ahli Parlimen mereka... tidak ada salahnya kerana saya masih berkhidmat untuk mereka (pengundi Bagan Serai),” katanya. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...