Skip to main content

Lebih 10 wakil rakyat tetap keluar PKR - Salehuddin

 
 KAMARUL Baharin Abbas (duduk, tengah) bersama sembilan Ahli Parlimen PKR pada sidang akhbar untuk menyatakan taat setia kepada pucuk pimpinan parti di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya, semalam.

KUALA LUMPUR 3 Mac - Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim tetap dengan jangkaannya sebelum ini bahawa lebih 10 wakil rakyat akan keluar daripada parti itu.

Beliau berkata, perkara itu masih boleh berlaku kerana hanya sebahagian mereka yang menyatakan pendirian tidak akan berbuat demikian hari ini.

"Saya ini bukan nabi, saya tidak boleh kata apa yang akan berlaku esok. Tetapi kalau tanya pendapat saya yang bodoh ini, nampak-nampak gaya sekurang-kurangnya satu pertiga akan keluar.

"Saya juga tak kata semua wakil rakyat akan keluar. Saya kata cuma 10 saja daripada misalnya 30 orang dan 20 orang yang lain bolehlah angkat tangan berikrar aku janji. Silakan dan ia tak bersangkut paut dengan kita," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri bagi mengumumkan keluar daripada PKR di sini hari ini.

Salehuddin mengulas tindakan 12 Ahli Parlimen PKR hari ini yang menyuarakan sokongan penuh terhadap parti itu sekali gus menyelar spekulasi keluar parti seperti yang didakwa di dalam laman blog dan akhbar arus perdana.

Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas yang mewakili Ahli Parlimen terbabit pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya berkata, mereka masih berpegang teguh menyokong pucuk kepimpinan parti itu.

Sidang akhbar itu dihadiri 10 Ahli Parlimen PKR, manakala dua lagi iaitu Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo-Burne dan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan tidak hadir kerana mempunyai urusan di luar kawasan.

Mereka yang hadir ialah Ahmad Kassim (Kuala Kedah), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), S. Manikavasagam (Kapar), Datuk Rashid Din (Merbok), Azan Ismail (Indera Mahkota), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh) dan Amran Abdul Ghani (Tanah Merah).

Isnin lalu, Salehuddin mendedahkan lebih 10 wakil rakyat PKR akan keluar berperingkat-peringkat kerana tidak bersetuju corak kepimpinan parti yang kebudak-budakan.

Dalam pada itu, Salehuddin memberitahu, tindakan keluar PKR itu bukan semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ia terbukti apabila Ahli Parlimen terbaru bertindak sedemikian adalah dari Perak.

"Mereka keluar dengan sebab-sebab tersendiri yang bersangkut paut dengan cara PKR ditadbirkan dan kesemuanya kecewa kerana parti tidak menghiraukan isu-isu yang mereka bawa untuk dibincangkan demi kepentingan rakyat.

"Dalam kes Ahli Parlimen Bagan Serai, beliau tidak bersetuju dengan tindakan PKR yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

"Saya tahu keputusan parti untuk menyatakan boleh pakai kalimah Allah ini dibuat oleh satu dua orang sahaja. Ia berdasarkan satu kertas kerja ilmiah dan tidak mengambil kira pendapat ahli-ahli sehingga menimbulkan keresahan di peringkat akar umbi.

"Ini bermakna satu dua orang boleh menentukan perkara yang paling sensitif di hati orang Islam dan ahli PKR seluruhnya. Bagi saya, ia sekurang-kurangnya mesti dibahaskan di peringkat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti sepenuhnya," katanya.

Menurut Salehuddin, beliau kecewa kerana cara PKR ditadbirkan sekarang telah menjadikan ia seolah-olah sebuah syarikat sendirian berhad atau parti keluarga.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau juga meluahkan perasaan kesal kerana PKR telah melupakan aktivis-aktivis reformasi parti itu di peringkat bawahan.

"Kini anak kera di hutan disusui, anak sendiri mati kebuluran. Pada hal siapakah pada 1998 dahulu mula bergerak di jalan raya dan berkorban masa serta wang untuk menentukan ada satu pergerakan ke arah perubahan.

"Sekarang kita tengok perubahan dibawa PKR tidak ke mana. Saya reformasi tulen, adalah dayus jika sesiapa yang menggelar diri mereka parti reformasi jikalau tiada perubahan yang rakyat boleh nampak dengan nyata.

"Kita mahu pergerakan untuk perubahan dalam negara ini diteruskan. Tidak kira siapa memimpin dan yang penting ialah isi dan langkah-langkah dalam belum nyata boleh dibuat," katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T