Skip to main content

Pengundi Hulu Selangor boleh nilai sendiri pembangkang: TPM


MUAR: Rakyat terutamanya pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor boleh membuat penilaian sendiri terhadap pencapaian pembangkang di Selangor dan negeri lain yang ditadbir pakatan itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat boleh membuat penilaian mereka berdasarkan kepada kelemahan yang berlaku di negeri tadbiran pembangkang serta siri pendedahan oleh bekas pemimpin pembangkang baru-baru ini.

"Rakyat boleh membuat penilaian mereka sendiri. Banyak fakta yang seharusnya boleh memberikan mereka isyarat tentang siapa yang seharusnya mereka pilih (pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Air Sedunia di Dataran Tanjung Emas di sini hari ini. Muhyiddin mengulas pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor yang bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua hari lalu akibat barah otak.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat Jumaat depan bagi menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian bagi pilihan raya kecil kawasan itu.

Pada pilihan raya umum 2008, Zainal Abidin menewaskan Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel, dengan majoriti tipis 198 undi.

Muhyiddin berkata, sentimen rakyat pada ketika ini berlainan berbanding ketika 2008, berikutan pelbagai usaha yang dijalankan kerajaan.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, telah membawa banyak perubahan menerusi pelbagai program seperti Pelan Transformasi Kerajaan, konsep 1Malaysia, Model Ekonomi Baru selain suasana ekonomi negara yang lebih baik tahun ini.

Mengenai pemilihan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil itu dan permintaan MIC supaya Palanivel dikekalkan sebagai calon BN, Muhyiddin berkata ia akan ditentukan oleh Perdana Menteri.

"Kita serah kepada Perdana Menteri yang akan berbincang dengan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, dan pemimpin tertinggi BN lain," katanya.

Ditanya komposisi pengundi Parlimen Hulu Selangor yang majoritinya terdiri daripada kaum Melayu, beliau berkata BN mengamalkan konsep kerjasama dan muafakat sejak lama dulu.

Namun, katanya, faktor pemilihan calon yang tepat adalah amat penting bagi memastikan BN memperoleh kejayaan di dalam pilihan raya kecil itu.

"Parti meletakkan beberapa kriteria di dalam pemilihan calonnya termasuk dikenali oleh pengundi, mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan nama yang tidak tercemar," katanya.

Mengenai pemilihan MCA esok, Muhyiddin berharap ia akan berjalan lancar dan anggota MCA dapat membuat keputusan yang betul.

"Kita berharap mereka akan dapat membuat keputusan yang betul kerana mereka bukan sahaja akan memutuskan pemimpin MCA tetapi juga perlu membantu kerajaan dan mengukuhkan BN," katanya. - Berita Harian

Comments

  1. Salam bro, bagi rakyat yg jumud sahaja yg tidak dapat menilai kemungkaran pembangkang. Rakyat yg hanya suka mendengar fitnah tetapi buta melihat segala kepincangan pembangkang sahaja yg terusan membiarkan diri mereka ditipu oleh pemimpin-pemimpin DAP-PKR-PAS.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...