Skip to main content

Pendedahan Zahrain: Rakyat harus beri perhatian serius

KUALA LUMPUR 19 Mac - Pendedahan mengejutkan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berhubung 'tembelang' Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan Pusat '16 September' harus diberi perhatian serius oleh rakyat di negara ini. 

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, sekiranya benar segala yang didedahkan itu, negara ini berpotensi mempunyai pemimpin yang pandai berbohong dan membelitkan fakta.

Beliau berkata, tindakan tersebut akan menjadi amat berbahaya sekiranya pembohongan ini diperluaskan untuk mengaburi mata rakyat kerana ia menandakan sikap pemimpin jahat yang sanggup memanipulasi orang lain demi kepentingan peribadi.

"Seluruh pemimpin negara harus memberikan perhatian yang serius kepada mereka yang suka memutarbelitkan fakta atau berbohong kerana ia boleh mengancam keselamatan negara.

"Tindakan berani mendedahkan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu merupakan satu perkara yang wajar untuk dilakukan bagi menegakkan integriti moral di negara ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan Zahrain yang menggemparkan sidang Dewan Rakyat semalam apabila beliau mendedahkan Anwar 'menjaja' nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, kononnya Seri Paduka menunggu di istana untuk mengesahkan jumlah ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang melompat parti untuk menyertai pembangkang.

Tambah Zahrain, Anwar mengakui bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikannya sebagai Perdana Menteri keenam sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan Persekutuan sementara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga menyokong pelantikan tersebut.

Selain itu, Zahrain turut mendakwa Anwar telah berbohong kononnya salah seorang Timbalan Speaker Dewan Rakyat akan mempengerusikan usul undi tidak percaya terhadap kerajaan dan menyokong pakatan pembangkang mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian pula menyifatkan, tindakan Anwar yang dikatakan menggunakan nama kedudukan pemimpin tertinggi dalam negara itu merupakan satu perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, tindakan Anwar sebegitu hanya akan mengundang keadaan yang buruk kepada negara kerana menggunakan pendekatan yang melanggar 'arus' semata-mata untuk membolehkan beliau mentadbir kerajaan.

"Masyarakat bukan sahaja mahu pemimpin yang berwibawa tetapi juga mempunyai prinsip.

"Pemimpin harus menggunakan kedudukan untuk memenuhi keperluan masyarakat dan bukannya merebut jawatan semata-mata," katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...