Skip to main content

Janji-janji Pakatan Kepada Kaum India Hanya Tinggal Janji -

Oleh S.Retnanathan

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Dua tahun lalu, 1.8 juta masyarakat India di negara ini meletakkan penuh harapan apabila mereka menyokong pakatan pembangkang bagi menawan beberapa negeri utama pada pilihan raya umum 2008.

Seruan daripada ketua pembangkang sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang pilihan raya itu ialah "Makkal Sakti" atau kuasa rakyat yang menyalakan emosi masyarakat India yang berasa diabaikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas beberapa isu utama yang dihadapi mereka tidak dapat diselesaikan.

Hasilnya, masyarakat India yang secara tradisinya menyokong BN yang memerintah beralih kepada pakatan pembangkang, yang merupakan gabungan lemah yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP, pada pilihan raya 2008 yang menyaksikan BN hilang empat negeri -- Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor -- bagi menambah kepada Kelantan yang telahpun berada di tangan PAS.

BN merampas semula Perak selepas dua anggota dewan undangan negeri daripada PKR dan seorang daripada DAP meninggalkan parti masing-masing untuk menjadi anggota Bebas yang menyokong BN.

Pilihan raya umum pada 8 Mac 2008 itu merupakan prestasi terburuk dalam sejarah pernah dialami kerajaan yang memerintah dan selepas itu loceng kecemasan pilihan raya berbunyi dengan tukang ramal politik meramalkan bahawa jika trend itu berterusan, pembangkang akan mara ke depan dan bahkan membentuk kerajaan pusat selepas ini dalam pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada 2013.

Ramalan ini adalah berdasarkan janji-janji pilihan raya pakatan dan slogannya "rakyat didahulukan" tetapi selepas dua tahun, semua harapan dan janji hanya tinggal janji dengan para penyokongnya secara perlahan-lahan tetapi pasti kembali ke pangkuan BN.

Dalam kes ini, masyarakat India terutamanya berasa diabaikan kerana tiada rancangan atau tindakan konkrit dibuat di negeri-negeri yang diperintah pembangkang bagi meningkatkan taraf kehidupan kaum India yang menjadi penduduknya. Sebaliknya, di bawah pentadbiran BN yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itulah yang tetap menarik perhatian masyarakat itu.

"Perdana Menteri dan timbalannya (Tan Sri Muhyiddin Yassin) nampaknya ikhlas dalam membantu kaum itu sekarang. Pendirian mereka berhubung masalah yang dihadapi masyarakat itu diterima. Secara keseluruhannya, saya masih tidak nampak apa-apapun tindakan yang dibuat pakatan bagi membantu masyarakat itu di negeri-negeri yang mereka perintah.

"Janji-janji pilihan raya hanya tinggal janji. Perlu diberi perhatian ialah insiden meroboh kuil telah dihentikan. Tetapi perkara-perkara seperti bantuan kepada sekolah-sekolah Tamil oleh kerajaan-kerajaan negeri tidak datang seperti yang dijanjikan.

"Sebenarnya, orang ramai tidak berpuas hati. Mereka yang menyokong pembangkang pada pilihan raya umum 2008 berasa dikecewakan berbanding mereka yang hanya mahu memberi mereka peluang," kata ahli politik veteran Tan Sri M. Mahalingam kepada Bernama.

Satu daripada isu utama yang dimainkan oleh pembangkang dalam kempen pilihan raya umum 2008 ialah ialah usaha meroboh kuil-kuil Hindu bagi memberi jalan kepada pembangunan di beberapa negeri terutama Selangor.

Masyarakat India di negara ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan masyarakat itu kini mempunyai enam parti politik bagi memenuhi keperluan mereka iaitu MIC, Barisan Kemajuan India Semalaysia (IPF), Parti Progresif Penduduk (PPP) -- walaupun pelbagai kaum, majoriti anggotanya adalah kaum India, Malaysia Indian United Party (MUIP), parti Makkal Sakti yang baru dilancarkan dan sebuah lagi parti yang dicadangkan, parti Hak Asasi (HRP).

Daripada enam parti itu, MIC dan PPP adalah parti komponen Barisan Nasional (BN) manakala IPF, MUIP dan Makkal Sakti merupakan rakan BN. Sebelum ini HRP secara terbuka bergabung dengan pembangkang tetapi perikatan politiknya kekal menjadi tanda tanya disebabkan pakatan pembangkang yang tidak berkesan.

Semalam, setiausaha agung penaja HRP P. Uthayakumar menyelar pakatan pembangkang dengan berkata bahawa para pemimpinnya gagal menunaikan janji-janji yang dibuat semasa pilihan raya umum lepas dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat India yang miskin.

Katanya dua tahun selepas pakatan pembangkang membentuk kerajaan di empat buah negeri, mereka masih gagal memahami aspirasi kaum India yang miskin.

"Kami bergantung harapan dengan parti-parti pembangkang apabila kami menggesa masyarakat India di negara ini bagi mengundi pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum lepas.

"Kami meletakkan penghargaan ini kepada kepimpinan tanpa wawasan. Kamu (para pemimpin Pakatan) tidak faham aspirasi orang ramai yang mengundi kamu. Kamu hanya menjayakan permainan politik tradisi berkenaan ilusi dan janji-janji," katanya dalam sepucuk surat kepada Anwar, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Surat itu diedarkan kepada media.

Uthayakumar berkata walaupun para pemimpin mempunyai kuasa mutlak berhubung masalah tanah, yang merupakan isu paling mendesak kepada kaum India yang miskin, tetapi sehingga hari ini, mereka mengabaikan sepenuhnya isu ini di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu ketika dihubungi Bernama berkata kemenangan pembangkang pada pilihan raya umum 2008 adalah disebabkan perasaan tidak puashati terhadap BN, yang akhirnya dimanipulasi oleh pembangkang.

"Tapi sekarang orang ramai mula sedar bahawa segala janji yang dibuat hanya untuk mendapatkan undi dan bukan dengan niat untuk membantu masyarakat itu. Bahkan di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang, mereka juga gagal menunaikan janji-janji.. bukan itu sahaja mereka juga dituduh berlaku tidak adil dan gagal dalam menjaga kebajikan masyarakat itu yang dijanjikan dalam pilihan raya.

"Saya rasa ini merupakan masa terbaik untuk menarik sokongan masyarakat India terhadap BN. BN telah bekerja keras dan mengekalkan statusnya sebagai saluran rakyat dan kerajaan.

"Kita mempunyai kepimpinan yang kuat, yang dekat dengan rakyat. Sepanjang saya berkhidmat, saya tidak pernah melihat seorang Perdana Menteri yang begitu dekat dengan rakyat seperti Najib ," kata Samy Vellu, yang menjadi presiden MIC sejak 1979.

Sementara sokongan masyarakat nampak perlahan tetapi pasti mencari jalan kembali kepada BN, ia kini terletak di tangan kerajaan memerintah untuk terus menarik masyarakat itu balik ke pangkuan seperti yang ditunjukkan di peringkat akar umbi bahawa masyarakat kaum India di negara ini berasa tertipu dengan pembangkang. -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T