Skip to main content

Ku Li 'terperangkap' dengan PAS dalam isu perundingan royalti minyak

Pas lantik Ku Li runding royalti

KOTA BHARU 24 Mac – Kerajaan Pas Kelantan memutuskan untuk melantik Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai perunding mewakili kerajaan negeri dalam isu tuntutan royalti minyak.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, mesyuarat mingguan Exco hari ini membuat ketetapan itu dan surat pelantikan akan dihantar segera.

Katanya, walaupun bekas Menteri Kewangan tersebut belum dimaklumkan, tetapi beliau percaya pelantikan itu tidak akan ditolak kerana Tengku Razaleigh sendiri pernah menyatakan hasrat untuk menjadi orang tengah antara kerajaan negeri dengan Petronas dan kerajaan Pusat.

“Mesyuarat hari ini bersetuju melantik Tengku Razaleigh Hamzah selaku perunding bagi kerajaan negeri Kelantan dengan Petronas dan Perdana Menteri bagi tuntutan royalti petroleum berkuat kuasa serta-merta.

“Kita harap beliau bersetuju. Sebelum ini beliau telah tawarkan diri sebagai perunding dan orang tengah untuk selesaikan tuntutan royalti.

“Pihak kerajaan negeri memberi kebebasan sepenuhnya kepada Tengku Razaleigh dalam membuat dan menentukan terma rundingan bagi mencapai tujuan tersebut,” katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.

Beliau berpendapat, pelantikan tersebut adalah satu penghormatan buat Tengku Razaleigh berdasarkan kedudukannya sebagai bekas Pengerusi Petronas dan menjadi orang yang merangka Akta Petroleum 1974.

Tambahnya, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri pernah bekerja di bawah beliau di Petronas dan ia akan memudahkan sebarang penyelesaian dicapai.

Husam berkata, hanya satu objektif ditetapkan bagi rundingan iaitu untuk kerajaan negeri mendapat bayaran tunai royalti secara terus dan bukannya dalam bentuk wang ihsan.

“Tengku Razaleigh akan berunding bersendirian dan tidak ada sebarang fee. Terpulanglah kepada beliau mendapat tarikh daripada Perdana Menteri.

“Beliau diberi tempoh empat bulan untuk rundingan. Kita jangka tempoh empat bulan itu boleh selesai, kalau lama sangat berpanjangan pula,” katanya tanpa menyebut apa langkah seterusnya sekiranya hasrat mereka tidak tercapai.

Tengku Razaleigh sejak Januari lalu telah terbabit secara aktif dalam siri jelajah pembangkang berkaitan tuntutan royalti walaupun pendiriannya bertentangan dengan kerajaan Pusat dan mendapat reaksi negatif sebahagian pemimpin UMNO. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...