Skip to main content

Kami diperdayakan: Zahrain

Ahli Parlimen Bayan Baru dedah usaha ambil alih kerajaan 16 September

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, semalam mendedahkan rancangan ‘16 September’ Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan, termasuk meyakinkan Ahli Parlimen pembangkang bahawa Yang di-Pertuan Agong merestui beliau sebagai Perdana Menteri.



ANWAR dikerumuni pemberita di lobi Parlimen berikutan penjelasan Zahrain pada hari ketiga sidang Dewan Rakyat, di Kuala Lumpur, semalam.


Zahrain yang kini wakil rakyat Bebas berkata, dalam rancangan 2008 itu, Anwar memperalat, mempermainkan dan membohongi Ahli Parlimen pembangkang kononnya jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti sudah mencukupi untuk membolehkan Pakatan Rakyat (PR) membentuk kerajaan. “Kami diperdayakan dengan cerita Yang di-Pertuan Agong sedang menunggu di istana untuk mendapat pengesahan jumlah Ahli Parlimen yang akan melompat. Anwar juga mendakwa baginda merestuinya menjadi Perdana Menteri.

“Kami juga disogok bahawa Panglima Angkatan Tentera (ATM) turut memberi sokongan kepada pakatan pembangkang.

“Kami turut dibohongi yang salah seorang Timbalan Speaker akan mempengerusikan usul undi tidak percaya dan akan menyokong Pakatan Rakyat ambil alih kerajaan,” katanya ketika membahas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin pada Sidang Dewan Rakyat yang bermula kelmarin.

Pada peringkat itu, suasana menjadi kecoh apabila Anwar meminta dirinya tidak dikaitkan dengan perkara itu dan berjalan keluar Dewan. 

"Kami diperdayakan dengan cerita Yang di-Pertuan Agong sedang menunggu di istana untuk mendapat pengesahan jumlah Ahli Parlimen yang akan melompat. Anwar juga mendakwa baginda merestuinya menjadi Perdana Menteri"

Zahrain Mohamed Hashim
Ahli Parlimen Bayan Baru


Kekecohan berterusan apabila beberapa Ahli Parlimen BN dan pembangkang bangun untuk mencelah, termasuk Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan yang menggesa supaya Zahrain menarik balik kenyataannya.

Ketika itu kedengaran Ahli Parlimen BN berteriak ‘pengecut’ dan ‘berani, tunggu’ mendesak supaya Anwar tidak keluar Dewan serta mendengar pendedahan mengenai kenapa Zahrain keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudian mengingatkan Peraturan 36(8) bahawa kelakuan atau sifat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu atau Yang Dipertua Negeri atau hakim-hakim atau mana-mana suruhanjaya tidak boleh disebut kecuali dikeluarkan usul. 

Zahrain yang menyambung perbahasan berkata, ketika itu beliau benar-benar kecewa dengan Anwar dan bermula daripada episod itulah beliau mula mencurigai kepemimpinannya.

Beliau juga menganggap Anwar sebagai manusia yang memakai pelbagai topeng bagi menunjukkan beliau adalah juara memperjuangkan Islam dan keadilan.

Anwar katanya, mempunyai topeng raksasa sehingga mampu memperdayakan ahlinya supaya melupai bahawa ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau pernah menggelar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai ulama terompah dan menyokong pemecatan bekas Mufti Selangor, Allahyarham Datuk Ishak Baharom.

“Watak yang sama ini juga menyokong pemecatan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara pada 1998 yang membawa kepada keruntuhan sistem kehakiman negara. Alangkah ironisnya roda keadilan berputar apabila beliau kini mendendangkan lagu beliau dizalimi.

“Inilah juga orang yang menghancurkan institusi Raja Melayu dan hari ini kononnya mahu mempertahankan Raja Melayu,” katanya.

Beliau berkata, Anwar dalam mencapai cita-citanya untuk mengejar impian ke Putrajaya sanggup melakukan apa saja.

“Cita-cita ke Putrajaya itu akan menjadi mimpi ngeri kepada Anwar,” katanya yang akan menyambung perbahasannya hari ini.

Ketika ditemui di lobi Parlimen, Anwar menafikan semua pendedahan dibuat Zahrain bahawa beliau merancang gerakan 16 September bagi menjatuhkan kerajaan BN.

Anwar berkata, dakwaan Zahrain bahawa beliau sudah bertemu dengan tentera dan mendapat sokongan ahli Parlimen BN bagi membentuk kerajaan baru menggantikan kerajaan sedia ada adalah tidak berasas.

“Dia (Zahrain) cakap saya jumpa tentera... kenapa beliau tidak beritahu tentera mana. Beliau kata saya suruh ahli Parlimen (pembangkang) tunggu dalam dewan untuk menumbangkan kerajaan BN, cakap seperti itu adalah cakap orang Umno,” katanya.  - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...