Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Monday, March 1, 2010

10 lagi wakil rakyat PKR dijangka keluar parti: Salehuddin

Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hasim mendakwa lebih sepuluh wakil rakyat termasuk pemimpin mungkin akan keluar dari parti itu.

Menurut beliau, kesemua pemimpin berkenaan dijangka mengambil langkah demikian kerana kecewa dengan pengurusan dan hala tuju parti.

"Saya jangka kemungkinan ada lagi pemimpin PKR yang akan keluar parti... mungkin dalam 10 orang.

"Siapa yang kamu jangkakan selama ini untuk ambil langkah itu berkemungkinan betul," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama pemimpin berkenaan.

"Saya tak boleh nak cakap... ini semua terpulang kepada mereka sendiri.

"Mungkin mereka perlukan sedikit masa untuk itu (umum keluar parti), kita tunggu saja waktunya, biarlah masa yang menentukannya," katanya.

Dalam pada itu ditanya mengenai statusnya dalam PKR, Salehuddin mengesahkan beliau telah meninggalkan parti itu dua minggu selepas meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung pada 7 Januari lalu.

"Dah lama saya keluar PKR, ia bukan perkara baru dan lagipun tak perlulah saya buat pengumuman rasmi kerana waktu saya keluar PKR status saya hanya ahli biasa.

"Jadi perkara biasalah kalau ahli biasa macam saya keluar parti," katanya.

Berhubung khabar angin yang mengatakan beliau akan mengikut jejak langkah bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin dengan menyertai Umno, beliau menolak dakwaan tersebut.

"Mana ada saya nak masuk Umno, sejak saya letak jawatan dalam PKR saya anggap sudah pencen politik.

"Saya lebih selesa seperti sekarang tanpa terikat dengan politik, saya kini lebih fokus kepada perniagaan yang saya jalankan," katanya. - mstar online


Ramai Lagi Anggota Pembangkang Dijangka Keluar - MB

KUALA TERENGGANU, 1 Mac (Bernama) -- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Ahmad Said menjangkakan akan lebih ramai lagi anggota dari pembangkang keluar parti kerana sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap para pemimpin pakatan itu.

Beliau berkata perkara itu dapat dilihat selepas seorang demi seorang anggota pembangkang mengumumkan keputusan keluar parti dan menyertai Umno serta menjadi wakil rakyat bebas kerana merasa kecewa dengan parti yang mereka sertai.

"Ini jelas kerana pembangkang tidak mempunyai hala tuju yang jelas selain mengamalkan perjuangan untuk kepentingan peribadi. Ini berbeza dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang memperjuangkan agenda rakyat dan hala tuju kita lebih jelas," katanya di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai pengumuman keluar parti oleh beberapa anggota pembangkang baru-baru ini.

Terdahulu, beliau menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Intel Electronik (Malaysia) Sdn Bhd dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec).

Menteri Besar berkata sungguhpun begitu, Umno dan BN tidak pernah merasa selesa dengan keadaan sedemikian dan akan terus berusaha untuk menambah baik parti bagi meraih sokongan rakyat.

"Umno akan terus bersatu. Saya tak kata Umno semakin selesa (dengan keretakan pembangkang), tetapi bertambah baik. Bagaimanapun, kita tidak boleh berasa selesa.

"Mengenai mereka yang keluar itu, akhirnya mereka telah sedar bahawa parti yang mereka sertai tiada hala tuju. Selain itu, mereka juga (pembangkang) tidak konsisten dalam perjuangan mereka," katanya. -- BERNAMA

2 comments:

  1. Salam bro, inilah kenyataan yg telah diperlihatkan oleh Allah di atas segala doa-doa yg dikepalai tok guru Nik Aziz memohon agar diturunkan bala ke atas kepimpinan UMNO.... Kalau selama ini puak-puak pembangkang hanya tahu mengkritik, memfitnah, menghina kepimpinan UMNO_BN, tetapi apabila mereka diberi kuasa, mereka tidak mampu menerima kritikan walaupun dari ahli-ahli parti sendiri... itulah hakikatnya yg rakyat perlu sedar...

    ReplyDelete
  2. betul tu tuan. sebab tu sy konsisten kata bhw, kalau benda betul, tak payah nak berpolimik dan gimik2 doa mcm yg nik aziz buat. nak buat sesuatu biar ikhlas.
    kalau berdoa dan niatnya krn gimik politik, mana mungkin mrk melawan kebenaran Allah. Kebenaran akan datang sendiri. tak susah2 nak cari...ini buktinya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...