Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Tuesday, March 2, 2010

Henti serangan peribadi atau saya dedah kepincangan – Fairus

KUALA LUMPUR 2 Mac – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin memberi amaran kepada parti pembangkang agar berhenti menyerang peribadinya.


Katanya, jika serangan seperti itu terus dilakukan, beliau tekad akan mendedahkan satu persatu kepincangan serta kelemahan dalam pembangkang terutama di peringkat kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Jangan jolok sarang tebuan, saya bukan amalkan politik kebudak-budakan,” tegasnya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum itu, Mohamad Fairus menerima sijil keahlian UMNO daripada Setiausaha kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh.

Fairus yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti mengumumkan menyertai UMNO ketika menghadiri Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Seni Silat Gayong Malaysia yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.

Beliau meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti berkuat kuasa 16 April tahun lalu atas alasan untuk melanjutkan pelajaran. – Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...