Skip to main content

Tindakan Mohammad Fairus Keluar PKR Bukti Krisis Dalam Parti

PULAU PINANG, 1 Mac (Bernama) -- Tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) jelas menunjukkan ada perbalahan dalam pakatan pembangkang.

Pengerusi Perhubungan Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan berkata keputusan Mohammad Fairus itu menunjukkan parti itu kini mengalami masalah.

"Kita boleh lihat terlalu ramai anggota PKR yang kecewa, yang tidak gembira dengan kepimpinan parti dan merasakan dipinggirkan sehingga menyebabkan mereka keluar parti," katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada hari Isnin.

Semalam, Mohammad Fairus mengumumkan bahawa beliau keluar daripada PKR untuk menyertai Umno dengan alasan hilang kepercayaan kepada parti itu, terutama perkara-perkara yang berkaitan Islam dan orang Melayu.

Teng berkata Mohammad Fairus ketika dahulu merupakan antara tokoh politik paling muda dalam PKR dan memegang jawatan nombor dua kerajaan negeri itu iaitu Timbalan Ketua Menteri 1.

"Mohammad Fairus sudah pasti membuat pertimbangan dengan teliti selepas meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti tahun lepas sebelum menyertai Umno," katanya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata beliau mengalu-alukan keputusan Mohammad Fairus untuk menyertai Umno.

"Bagi pihak Umno negeri, saya mengalu-alukan Mohammad Fairus kerana keputusan beliau menunjukkan beberapa anggota parti pembangkang mula menyedari bahawa mereka dipinggirkan," katanya, sambil menambah sebab itu menjadi punca anggota-anggota PKR meninggalkan cawangan Pemuda Guar Jering di Permatang Pauh untuk menyertai Umno baru-baru ini.

Zainal Abidin, yang merupakan anggota Majlis Tertinggi Umno, juga menggesa lebih ramai anggota parti pembangkang yang kecewa supaya menyertai Barisan Nasional (BN).

Timbalan Ketua MCA negeri Eng Hiap Boon berkata bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika ada lagi anggota pembangkang yang keluar parti untuk menyertai BN, mengikut jejak langkah Mohammad Fairus.

"Anggota mereka mula kecewa dengan kepimpinan dan terdapat kemungkinan lebih ramai anggota pembangkang akan menyertai BN," katanya.

Katanya Mohammad Fairus telah membuat keputusan yang tepat untuk menyertai BN kerana PKR gagal untuk melindungi polisi asas dan tidak berkhidmat kepada rakyat dengan baik. -- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T