Skip to main content

Pakatan pembangkang semakin rapuh

BUKIT MERTAJAM 23 Ogos - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pakatan pembangkang tidak akan mampu menutup segala kelemahan serta krisis kepimpinan yang semakin menjadi-jadi dalam gabungan tersebut.

Menurut beliau, tindakan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Lunas, Kedah mengumumkan keluar dari parti itu adalah satu lagi bukti nyata betapa rapuhnya pakatan pembangkang.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pemimpin pakatan pembangkang akan sedaya upaya menutup kelemahan itu dengan menuduh UMNO sebagai puncanya.

''Ini satu lagi manifestasi kepada kelemahan serta krisis kepimpinan dalam pakatan pembangkang terutamanya dalam PKR sendiri. Mereka (pemimpin pakatan pembangkang) tidak akan mampu menutupnya.

''Dan seperti biasa, tidak mustahil kita (BN) pula yang dituduh dan disalahkan atas semua ini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas berkempen dari rumah ke rumah bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh hari ini mengumumkan keluar dari PKR dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berikutan pembubaran PKR bahagian Padang Serai yang diumumkan Pemangku Ketua Bahagian itu Jamaludin Abu Hassan yang turut mengisytiharkan keluar parti.

Mohd. Radzhi yang Exco Pelancongan Pembangunan Masyarakat serta Sumber Tenaga Manusia Kedah berkata, 200 anggota biasa dan 14 anggota jawatankuasa PKR Bahagian Padang Serai menyokong pembubaran itu.

Ahmad Zahid berkata, UMNO secara prinsip tidak akan masuk campur dalam hal ehwal parti pembangkang tetapi perkembangan terbaru di Kedah itu sepatutnya membuka mata rakyat.

''Seorang Exco dalam kerajaan negeri sanggup keluar daripada parti, ini membayangkan betapa seriusnya krisis dalaman yang berlaku," tambahnya.

Mengulas mengenai kempen BN di Permatang Pasir setakat ini, Ahmad Zahid memberitahu, anggota jentera BN sudah diingatkan supaya tidak leka sebaliknya bekerja lebih kuat sehingga hari pengundian.

''Kita beristiqamah dan tidak akan jemu-jemu untuk terus berusaha memenangi hati rakyat dengan menjelaskan kepada mereka keprihatinan kita terhadap nasib mereka.

''Dengan berkat keikhlasan dan kerja kuat seluruh anggota jentera, rakyat Permatang Pasir akan menyokong BN, Insya-Allah," katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...