Skip to main content

UMNO Selangor sifatkan keputusan kerajaan negeri 'terlambat'

SHAH ALAM 30 Ogos - UMNO Selangor menyifatkan keputusan kerajaan negeri mahu mengadakan perbincangan dengan penduduk Islam Seksyen 23 yang membantah keras pembinaan kuil di kawasan mereka sebagai sudah 'terlambat'.

Sambil membidas keputusan itu, Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus menegaskan, kerajaan negeri sepatutnya berbincang sebelum memutuskan untuk membina rumah ibadat itu di kawasan berkenaan.

Tegasnya, perkara pertama yang perlu diambil kira adalah pandangan penduduk Islam yang majoriti mendiami di kawasan perumahan itu.

''Bantahan yang dikemukakan oleh penduduk sebelum ini langsung tidak diendahkan oleh kerajaan negeri. Bila penduduk buat perhimpunan dan arak kepala lembu, barulah mereka nak dengar, nak berbincang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas keputusan kerajaan negeri semalam yang akan mengadakan pertemuan secara terbuka dengan penduduk Seksyen 23 pada 5 September ini bagi membincangkan isu pengalihan tapak kuil Sri Maha Mariaman dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Bagaimanapun, perbincangan itu hanya disertai penduduk Seksyen 23, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan bukan melibatkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau Exco yang bertanggungjawab termasuk Dr. Xavier Jayakumar sendiri selaku Pengerusi Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam.

Dalam pada itu, Abdul Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang menyifatkan kenyataan ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail yang mahu pihak terlibat dalam perhimpunan bantahan pembinaan kuil dikenakan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah satu bentuk jenaka yang keterlaluan.

Sementara itu itu, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo ketika dihubungi berkata, perhimpunan bantahan itu jelas menunjukkan salah satu antara kegagalan kerajaan campuran PKR, Pas dan DAP mentadbir Selangor. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...