Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Monday, August 24, 2009

Insiden hitam PKR Kedah - Ahmad

ALOR SETAR 23 Ogos - Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan satu insiden hitam bagi parti itu di negeri ini.

Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kasim bagaimanapun berkata, keputusan Exco kerajaan negeri itu hak individu yang di luar kawalan parti berkenaan.

"Ini adalah salah satu insiden hitam di peringkat negeri Kedah yang diharapkan tidak akan berulang di tempat lain," katanya kepada pemberita di Wisma Darul Aman (WDA) di sini hari ini.

Sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak itu diadakan ekoran pengumuman Mohd. Radzhi hari ini keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...