Skip to main content

Najib, Rosmah agih bubur lambuk Kampung Baru

Oleh Azman Mahmood
azmanm@bharian.com.my


NAJIB dan Rosmah membantu mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai di Masjid Jamek, Kampung Baru, semalam.

Warga kota berpusu-pusu dapatkan juadah tradisi Ramadan

KUALA LUMPUR: Sebut saja bubur lambuk, umat Islam di sekitar ibu negara, pasti terbayang Masjid Jamek di Kampung Baru yang saban tahun menyediakan juadah itu untuk orang ramai sepanjang Ramadan.

Malah, bubur lambuk yang sebegitu sinonim dengan Masjid Jamek Kampung Baru, turut menjadi tradisi penduduk sekitarnya memberi makanan itu kepada orang ramai sejak kira-kira 50 tahun lalu, Ia juga menjadi juadah paling istimewa untuk berbuka puasa, setiap kali tibanya Ramadan.

Sehubungan itu, sempena sambutan Ramadan dan majlis pelancaran Bazar Ramadan di Masjid Jamek Kampung Baru, semalam, Kementerian Pelancong-an menaja masakan 100 periuk bubur lambuk untuk diedarkan kepada orang ramai.

Setiap periuk masakan bubur itu mampu diagihkan untuk hampir 500 orang atau kira-kira 240 bungkus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir ke masjid itu dan membahagikan bungkusan bubur lambuk kepada orang ramai sebelum meninjau gerai makanan di sepanjang Jalan Raja Alang, di sini.

Ketua tukang masak bubur lambuk di masjid itu, Zainal Abidin, 53, berkata bubur lambuk Masjid Jamek Kampung Baru memang sudah terkenal dan orang ramai sentiasa berpusu-pusu datang untuk mendapatkan bubur itu sepanjang Ramadan.

SUKARELAWAN memasak bubur lambuk sebelum diagihkan kepada orang ramai di Masjid Jamek, Kampung Baru, semalam.

Katanya, sebanyak 15 kilogram beras digunakan untuk setiap periuk bagi memasak bubur lambuk yang mengambil masa satu setengah jam untuk masak.

"Biasanya orang ramai mula datang mengambil bubur lambuk ini mulai jam 5 petang. Setiap orang di beri satu bungkus sebagai juadah berbuka puasa," katanya yang sudah 25 tahun menjadi ketua tukang masak di masjid berkenaan.

Katanya, beliau tidak mempunyai sebarang rahsia yang menjadikan masakan bubur lambuk di masjid itu enak dan digemari ramai.

"Rahsianya hanyalah kita pastikan ramuan yang digunakan itu betul mengikut sukatan yang diperlukan, jangan lebih dan jangan kurang," katanya. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...