Skip to main content

Mengenali 'pengundi hantu'

ISU pengundi hantu muncul kembali semasa kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang baru-baru ini. Ia timbul ekoran dakwaan Pergerakan Pemuda UMNO wujudnya lebih 3,000 pengundi hantu di DUN tersebut.

Dakwaan itu berdasarkan pemantauan dari rumah ke rumah untuk meneliti senarai daftar pemilih. Berikutan fenomena itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggerakkan proses pemutihan daftar pemilih.

Hakikatnya isu pengundi hantu sebenarnya bukan baru. SPR tidak terkecuali menerima teguran ini daripada pihak tertentu yang mengatakan bahawa Daftar Pemilih suruhanjaya itu "tidak bersih".

Menurut penjelasan SPR sebelum ini, punca utama kewujudan pengundi hantu kerana Daftar Pemilih mengandungi nama-nama pemilih yang didapati tidak lagi bermastautin dalam kawasan di mana mereka didaftarkan.

Fakta ini dimanipulasikan sebagai 'pengundi hantu' suatu tafsiran yang amat mengelirukan. Istilah 'pengundi hantu' jika hendak digunakan hanya boleh ditafsirkan kepada pengundi yang tidak layak tetapi disenaraikan termasuk yang telah meninggal, belum cukup umur dan kad pengenalan palsu.

Daftar Pemilih merupakan dokumen sah yang terpenting digunakan dalam sesuatu pilihan raya.

Hanya warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas yang telah mendaftar dan namanya tersenarai di dalam Daftar Pemilih boleh mengundi dalam sesuatu pilihan raya umum atau pilihan raya kecil untuk Parlimen atau DUN.

Justeru, SPR memberi penekanan khusus untuk menentukan bahawa butir-butir seseorang pemilih seperti nombor kad pengenalan, ejaan nama, jantina, bangsa, agama, alamat dan penentuan lokaliti di dalam Daftar Pemilih adalah tepat. Ini merupakan suatu usaha SPR untuk mewujudkan Daftar Pemilih yang kemas dan terkini.

Terdapat dua sistem pendaftaran pemilih yang telah digunakan oleh SPR khusus untuk meningkatkan lagi kefahaman masyarakat umum mengenainya.

Pertama ialah Sistem Pendaftaran Pemilih Bermusim (SPPB) yang dilaksanakan di antara 21 hingga 42 hari dalam satu-satu tahun. Sistem pendaftaran pemilih ini dilaksanakan sehingga 15 Julai 2002.

Kedua, ialah Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (SPPST) yang dilaksanakan mulai 16 Julai 2002 iaitu yang mengambil alih sistem lama di atas.

Di bawah SPPB, setiap permohonan untuk mendaftar sebagai pemilih baru ataupun membuat pertukaran alamat hendaklah dibuat dengan mengisi borang yang ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 1971.

Dalam hal ini, seseorang pemilih dikehendaki mencatatkan alamat seperti yang tertera di dalam kad pengenalan pada borang pendaftaran berkenaan.

Bagaimanapun, jika pemilih bertukar alamat tempat tinggal dan belum lagi melaporkannya kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), mereka dikehendaki mencatatkan alamat baru di dalam borang permohonan.

Borang itu boleh dikemukakan sendiri ataupun oleh wakil pemohon kepada SPR. Kelonggaran yang diberikan oleh SPR dalam hal ini ada ketikanya telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menimbulkan isu-isu seperti berikut:

@ Pemilih Didaftarkan di Alamat Tempat Permastautinannya Pada Masa Kelayakannya Sebagai Pemilih.

Seperti mana yang semua sedia maklum, rakyat Malaysia kurang peka mengenai betapa pentingnya melaporkan sebarang pertukaran alamat tempat tinggal kepada JPN.

@ Pendaftaran

Sebahagian besar daripada warganegara yang telah berpindah tempat tinggal masih tidak melaporkannya kepada JPN.

Menyedari hakikat ini, SPR dengan ikhlas hati mempercayai alamat baru yang diberikan oleh seseorang pemilih itu sebagai alamat tetap mastautin tulen walaupun alamat itu mungkin tidak sama dengan alamat seperti yang tertera di dalam kad pengenalan.

Justeru, keadaan ini menyebabkan berlakunya pendaftaran mereka yang tidak kekal menetap di dalam sesuatu kawasan pendaftaran tanpa pengetahuan SPR. Hanya pemilih itu sendiri sahaja yang tahu kenapa mereka berbuat demikian.

Selain itu, pada masa sama memang pada asalnya seseorang pemilih itu tinggal di dalam kawasan pendaftaran berkenaan. Bagaimanapun, dia berpindah tempat kerja dan menetap di suatu tempat baru, tetapi tidak mahu menukar alamat pendaftaran ke tempat pemastautin baru kerana sesuatu sebab ataupun nostalgianya dengan tempat lama.

Dan apabila sesuatu pilihan raya umum atau kecil diadakan di kawasan pendaftaran lamanya, maka dia akan balik mengundi.

Dalam hal ini, dia bukanlah 'pengundi hantu' seperti yang ditakrifkan oleh sesetengah pihak tetapi seorang pengundi yang sah daripada segi undang-undang. Dia hanya tidak bermastautin di tempat ia mengundi kerana belum membuat pertukaran alamat.

Mengikut rekod di JPN pada 2004, terdapat seramai 2.8 juta pemilih yang mendaftar dengan SPR tetapi tidak sama alamat dengan yang terdapat di dalam kad pengenalan.

@ Pemindahan Pemilih Daripada Satu Kawasan Pendaftaran ke Satu Kawasan Pendaftaran Lain Tanpa Pengetahuan Pemilih.

Di bawah SPPB, SPR ada melantik pegawai dan kakitangan kerajaan, kakitangan syarikat swasta, anggota-anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pekerja parti politik sebagai penolong pegawai pendaftaran (PPP) untuk menjalankan urusan pendaftaran pemilih baru dan permohonan pertukaran alamat dalam tempoh pendaftaran di antara 21 dan 42 hari dalam setahun.

Dalam konteks ini, SPR mempercayai sepenuhnya butiran peribadi bakal pemilih baru atau pemilih yang sedia ada yang membuat permohonan berdaftar untuk bertukar alamat yang dibekalkan oleh PPP dari seluruh negara kepada SPR. Namun begitu ada sebahagian PPP yang kurang jujur dan menyalahgunakan kepercayaan SPR itu.

Akibatnya berlaku keadaan di mana pemilih-pemilih berdaftar dipindahkan (dengan menurunkan tandatangan palsu dalam borang pendaftaran) dari satu kawasan pendaftaran ke kawasan lain tanpa pengetahuan pemilih itu sendiri.

Perkara itu dilakukan oleh PPP bagi mencapai sesuatu tujuan pihak yang berjaya mempengaruhi mereka.

Keadaan ini hanya disedari oleh pemilih terbabit sewaktu pilihan raya apabila mereka pergi ke pusat mengundi yang pernah mereka mengundi pada pilihan raya umum sebelumnya dan akan terkejut apabila mendapati nama mereka sudah tidak tersenarai di dalam Daftar Pemilih dalam kawasan pendaftaran berkenaan.

Justeru, keadaan ini telah mendorong pemilih-pemilih terlibat membuat tohmahan liar dan tidak berasas menyatakan bahawa SPR telah memindahkan mereka sewenangwenangnya dari kawasan pendaftaran yang sedia ada ke suatu kawasan baru.

Sedangkan undang-undang yang sedia ada jelas tidak memberi kuasa kepada SPR untuk berbuat sedemikian.

Pemindahan mengikut undang-undang hanya dilakukan atas permohonan pemilih sendiri, yang mungkin dilakukan dengan cara penipuan seperti yang diterangkan di atas.

Dalam hal ini juga, SPR akan hanya mengeluarkan nama seseorang pemilih yang telah meninggal dunia daripada Daftar Pemilih jika SPR mendapat maklumat kematian pemilih daripada salah satu pihak berkuasa.

Antaranya, pengesahan daripada sistem ALIS di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang mengatakan bahawa seseorang pemilih berdaftar telah meninggal dunia.

Satu lagi menerusi permit mengubur yang telah dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam konteks ini, tidak dapat dinafikan bahawa ada waris-waris tertentu yang tidak melaporkan kematian waris mereka yang telah berdaftar sebagai pemilih dengan SPR kepada JPN ataupun PDRM.

Keadaan ini menyebabkan nama seseorang pemilih yang telah meninggal dunia itu masih tersenarai dalam Daftar Pemilih.

Tanpa memperoleh pengesahan daripada pihak berkuasa (JPN) bahawa seseorang pemilih itu telah pun meninggal dunia, SPR tidak berkuasa mengeluarkan nama pemilih berkenaan daripada pangkalan data Daftar Pemilih.

Keadaan ini menyebabkan istilah 'pengundi hantu' terus berlegar setiap kali pilihan raya kecil diadakan.

PENULIS ialah Ketua Biro Utusan Malaysia di Putrajaya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T