Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Monday, August 24, 2009

Angkara Siapa?

By administrator | Category: Berita Utama

banner tumbang

BUKIT MERTAJAM, 23 Ogos – Suatu perbuatan tidak bertanggungjawab yang ternyata bertindak negatif apabila ada pihak sengaja merosakkan poster-poster Barisan Nasional (BN) yang dipasang dalam kempen menjelang hari pengundian Selasa ini.

Bukan hanya satu atau dua poster termasuk kain rentang yang dirosakkan dengan digunting dan ada yang dirobohkan, malahan insiden tersebut dapat dilihat di beberapa kawasan peti undi sekitar Permatang Pasir.

Antaranya ialah di kawasan peti undi Sama Gagah, Kampung Pelet, Permatang Tengah dan beberapa kawasan sekitar lain.

Sesungguhnya, perbuatan sedemikian mentakrifkan sikap segelintir pihak yang tidak profesional hinggakan sanggup menggunakan taktik kotor sedemikian bagi menumbangkan BN serta menyerlahkan calon lawan. - UMNO online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...