Skip to main content

Isu peribadi calon BN antara punca kekalahan

Oleh Fazli Abdullah
fazliabdullah@bharian.com.my


PETUGAS jentera BN, Mohd Hafiz Kasim menurunkan poster selepas kempen pilihan raya kecil Permatang Pasir, semalam.

Rohaizat anggap serangan karakter tidak begitu berkesan

GEORGETOWN: Calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman yang tewas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, kelmarin, menerima kritikan bahawa isu peribadinya menjadi antara punca kekalahan parti komponen itu.

"Saya terima apa yang dikatakan. Saya terima pandangan orang ramai kerana jentera parti sudah berusaha dan membuat yang terbaik," katanya ketika dihubungi, semalam.

Rohaizat yang memperoleh 5,067 undi kalah kepada calon Pas, Mohd Salleh Man yang mendapat 9,618 undi. Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang itu menang dengan majoriti 4,511 undi.

Sepanjang lapan hari berkempen, Pakatan Rakyat menggunakan isu pembatalan sijil guaman Rohaizat serta beberapa isu peribadi bagi menyerang calon BN itu yang disifatkan sebagai pembunuhan karekter.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga tidak menafikan faktor Rohaizat yang mempunyai pelbagai isu peribadi turut menyumbang kepada kekalahan BN.

Rohaizat, yang juga Setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh, bagaimanapun berkata, isu peribadinya tidak memberi kesan teruk kepada undi yang diperolehnya.

"Sebenarnya, jumlah undi saya peroleh berbanding dengan calon BN pada pilihan raya umum lalu tidak banyak beza. Bagaimanapun, memang isu itu (soal peribadi) memberi kesan tetapi tidak terlalu teruk," katanya.

Beliau memperoleh 5,067 undi, manakala calon BN pada pilihan raya lalu, Ahmad Sahar Shuib (5,571), iaitu berkurangan 504 undi.

Peratusan mengundi kelmarin juga berkurangan kepada 73.1 peratus berbanding 82.57 peratus.

Sementara itu, Ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid, berkata Rohaizat tidak memaklumkan kepada pihaknya berkaitan masalah peribadi sebelum dipilih sebagai calon.

"Rohaizat sepatutnya memaklumkan kepada Umno bahagian mengenai isu berkenaan bagi membolehkannya merujuk kepada pucuk pimpinan parti untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, Umno bahagian akan mengadakan mesyuarat tidak lama mengenai isu berkenaan sebelum memutuskan sebarang tindakan.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi BN Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata keputusan pilihan raya kecil itu menunjukkan BN perlu menggandakan usaha dalam melaksanakan pembaharuan untuk rakyat. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...