Skip to main content

Menyubur erti kemerdekaan


penduduk Sabah berpakaian tradisi memeriahkan majlis pelancaran Sambutan Kemerdekaan ke -52 dan kempen mengibar Jalur Gemilang peringkat Negeri Sabah di Kota Kinabalu, baru-baru ini. - utusan/Ghazali Basri


KOTA KINABALU 24 Ogos - Tinggal beberapa hari lagi seluruh rakyat 1Malaysia tanpa mengira latar belakang agama dan kaum akan meraikan detik bersejarah Hari Kemerdekaan negara ke-52 pada setiap 31 Ogos ini.

Tema sambutan Hari Kemerdekaan kali ini ialah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Hari keramat itu diraikan sebagai menandakan pembebasan negara daripada belenggu penjajah.

Selain itu, ia juga menandakan bermulanya sebuah episod baru dalam pembinaan negara bangsa yang menjadi matlamat seluruh rakyat di bumi bertuah ini.

Di mana jua sepanjang bulan Ogos, semangat merdeka jelas terasa menerusi penganjuran pelbagai aktiviti dan paling utama sambutan bulan kemerdekaan di seluruh negara termasuk di Kota Kinabalu, Sabah.

Pelbagai aktiviti yang bermatlamatkan untuk menyubur semangat kecintaan kepada negara dan mengimbau jerit perih rakyat terdahulu memperjuangkan kemerdekaan dianjurkan.

Sambutan menjelang Hari Kemerdekaan di Kota Kinabalu bermula secara rasmi pada 17 Ogos lalu selepas dilancarkan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin, tetapi aktiviti di semua peringkat telah bermula awal bulan lalu.

Seperti biasa, aktiviti utama sudah tentu pengagihan Jalur Gemilang kepada orang ramai.

Bagaimanapun, daripada apa yang dapat dilihat, sambutan terhadap gesaan supaya mengibarkan Jalur Gemilang tidak berlaku seperti diharapkan.

Sehubungan itu, tindakan drastik perlu diambil untuk menyuburkan kembali semangat dan erti kemerdekaan di kalangan rakyat.

Flora Anita Paftrik, 21, berkata, aktiviti bersifat stereotaip perlu dijenamakan semula bagi mengembalikan kemeriahan dan makna sambutan kemerdekaan itu.

''Hari ini orang ramai amat keberatan untuk memasang bendera di kereta, tidak seperti empat lima tahun dahulu.

''Oleh itu, pelaksanaan aktiviti itu yang masih menjadi keutamaan sehingga hari itu perlu diteliti semula," katanya.

Beliau menambah, penganjuran aktiviti 'di luar kotak pemikiran' perlu difikirkan bagi memastikan rakyat tidak bosan dan paling penting ia mencapai matlamat diharapkan.

''Program-program latihan dan motivasi yang dapat menyemai semangat patriotik boleh diadakan. Selain itu kegilaan masyarakat terhadap program realiti perlu dimanfaat dengan mengadakan program berkaitan kenegaraan dan kemerdekaan," katanya.

Katanya, aktiviti seperti Larian Merdeka, Pidato Merdeka dan konvoi merdeka perlu diteruskan bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan.

Dewi Saleha Khamis, 25, berkata, rasa kecintaan kepada negara perlu dipupuk sepanjang masa dan tidak terhad sepanjang bulan Ogos sahaja.

"Sambutan bulan kemerdekaan yang cuma sekali setahun diadakan dilihat kurang memberi semangat patriotik di kalangan masyarakat di negara ini.

"Seharusnya, usaha-usaha awal perlu dilakukan secara berterusan di semua peringkat usia dalam membina perasaan cinta kepada negara," katanya.

Menurutnya, didikan awal bagi mengenali sejarah negara, raja, pemimpin dan kemerdekaan perlu digiatkan kerana ia mampu membangkitkan rasa setia dan kasih kepada negara khususnya bagi generasi muda.

"Oleh itu, para warga pendidik perlu menerapkan nilai kemerdekaan negara kepada pelajar bagi memberi kefahaman erti kemerdekaan yang sebenar," katanya.

Catherine Tsen, 38, berkata, sambutan Bulan Kemerdekaan dan kempen mengibar Jalur Gemilang yang disambut setiap 17 Ogos sepatutnya menjadi agenda utama rakyat dan diingat sepanjang masa.

"Tidak kira di mana kita berada, sebagai rakyat Malaysia, semangat cintakan kemerdekaan negara perlu disemai dan dididik dalam sanubari setiap lapisan masyarakat di negeri ini.

"Jangan hanya tunggu Bulan Kemerdekaan, barulah kita beria-ia menyambutnya. Semangat membuak-buak terhadap kemerdekaan negara perlu segar dihayati sepanjang masa, sepanjang tahun," katanya yang merupakan seorang peniaga emas. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T