Skip to main content

Mungkin ramai lagi wakil rakyat PKR keluar parti: TPM

BUKIT MERTAJAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata mungkin ramai lagi wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan keluar parti itu kerana hilang keyakinan dengan perjuangan pemimpin mereka.

Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, keluar PKR menunjukkan bibit-bibit wakil rakyat parti itu tidak lagi menghiraukan kedudukan walaupun memegang jawatan Ahli Exco Kerajaan Negeri.

Muhyiddin berkata, walaupun beliau terkejut dengan peletakan jawatan Mohd Radzi secara tiba-tiba namun perkara itu telah diduga akan berlaku.

"Ramai anggota dan wakil rakyat PKR tidak lagi percaya dengan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim kerana mereka sedar perjuangan parti itu hanyalah perjuangan untuk seorang individu yakni berjuang untuk Anwar," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada 40 pencarum hilang upaya di sini hari ini.

Mohd Radzhi hari ini mengumumkan keputusan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas atas alasan hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti itu.

Muhyiddin berkata, pengundi di Permatang Pasir haruslah mengambil pengajaran dan tidak lagi terpedaya dengan perjuangan Anwar dan menyokong pakatan pembangkang yang semakin bermasalah.

"Mereka keluar PKR tanpa menyertai BN. Apa yang penting ialah mereka telah sedar dan tidak lagi mahu terpedaya," katanya. - Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...