Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Sunday, August 23, 2009

Pakatan kena jawab tiga isu besar: Khairy

BUKIT MERTAJAM: Pemuda Umno mahu Pakatan Rakyat menjawab tiga isu besar yang dibangkitkan termasuk dakwaan pengundi hantu yang dibangkitkan Pas bagi memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin, berkata beliau masih menunggu jawapan Pakatan Rakyat berhubung tiga isu besar yang dibangkitkan dalam kempen pilihan raya kecil itu.

Dua lagi isu ialah kenapa Pas tidak mendapat kerusi Exco dalam kerajaan Pulau Pinang dan kenapa tiada rancangan atau pelan pembangunan buat rakyat jika calon Pas menang di Permatang Pasir.

"Pemuda mengesyaki ada usaha besar-besaran Pas untuk memindahkan pengundi mereka dari kawasan DAP yang berhampiran ke kawasan Pas (Permatang Pasir).

"Pas sedar undi Melayu berpecah dua, maka untuk menjamin kemenangan, mereka terpaksa bermain kotor supaya lebih ramai pengundi 'setinggan' mereka ini dipindahkan ke kawasan majoriti Melayu.

"Tidak seperti dakwaan pihak lawan, Pemuda Umno tidak menabur fitnah semata-mata, kami sudah pun menyerahkan bukti perkara ini," katanya dalam blog miliknya.

Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau, berkata ketiga-tiga persoalan itu ditujukan kepada Pakatan Rakyat ketika berceramah di Jalan Kubang Semang, Permatang Pasir, kelmarin.

Katanya, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan sudah membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelmarin berserta bukti wujudnya pengundi hantu.

Beliau juga melontarkan pertanyaan adakah Pas gentar untuk bertarung dengan BN sehingga terpaksa melakukan penipuan untuk menang.

Khairy juga mendakwa Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak mampu memberi apa-apa jaminan yang calon Pas, Salleh akan dilantik sebagai wakil Pas dalam Exco kerajaan negeri jika menang pilihan raya kecil ini.

Katanya, calon Pas di DUN Permatang Pasir tidak diberi penghargaan sewajarnya oleh DAP kerana sepanjang kempen tiada sebarang pelan pembangunan untuk rakyat akan dilakukan Pas menang.

Oleh kerana itu, katanya, Pas lebih suka menyerang keperibadian calon BN kerana ketandusan modal politik yang sebenar. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...