Skip to main content

Dah tahu taktik keji Anwar : Tidak mahu senasib Arumugam, Fairus

TINDAKAN anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), dipercayai ada kaitan dengan senario dialami dua rakannya, V. Arumugam dan Mohammad Fairus Khairuddin sebelum ini.

Mohd. Radzhi dikatakan tidak mahu mengalami nasib sama dua wakil rakyat PKR masing-masing dari Bukit Selambau dan Penanti itu yang 'dipaksa' meletak jawatan.

Di Kedah, tindakan ADUN Lunas itu merupakan satu tamparan hebat ke atas kerajaan pakatan pembangkang di Kedah khususnya PKR sendiri.

''Mohd. Radzhi mungkin sudah 'menghidu' lebih awal nasibnya yang mungkin menjadi mangsa seterusnya selepas Arumugam dan Mohammad Fairus," kata penganalisis politik, Dr. Mohamad Mustapha Ishak kepada Utusan Malaysia semalam.

Mengakui 'agak kenal' dengan Mohd. Radzhi, beliau berkata, ADUN Lunas itu mungkin tidak mahu menyusahkan rakyat apabila terpaksa pula mengosongkan kerusi sekali gus memberi laluan untuk diadakan satu lagi pilihan raya kecil.

''PKR dan DAP selepas ini dipercayai akan memaksa beliau mengosongkan kerusi tetapi itu tidak perlu kerana beliau telah menyatakan hilang kepercayaan terhadap parti," kata Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu.

Pada sidang akhbar kelmarin, Mohd. Radzhi memberitahu, hala tuju PKR sudah berubah secara drastik dan tidak lagi seperti diperjuangkan ketika menyertai PKR yang sebelum itu dikenali Parti Keadilan Nasional 11 tahun lalu.

''Sejak PKR menguasai dan memerintah beberapa negeri selepas Pilihan Raya Umum Mac 2008, saya lihat hala tuju parti sudah berubah. Ia menjurus kepada kepentingan peribadi pula, orang yang bekerja kuat untuk pucuk pimpinan parti pula diketepikan," katanya.

Dalam aspek ini, Mohamad Mustapha menarik perhatian akan perancangan yang pernah diuar-uarkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tempoh hari menerusi propaganda '16 September' nya.

''Anwar ketika itu tidak pula meminta Ahli Parlimen BN mengosongkan kerusi tetapi cukup sekadar melompat ke PKR atau sekutu pembangkang lain demi menjayakan cita-citanya membentuk kerajaan baru.

''Tetapi apabila ahli PKR sendiri keluar parti, maknanya Anwar tidak konsisten dengan prinsipnya. Ini sudah kedengaran desakan daripada Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mendesak ADUN Lunas ini meletak jawatan sebagai wakil rakyat.

''Dalam hal ini, Mohd. Radzhi harus diberi kebebasan yang sama dinikmati dua bekas ADUN PKR Perak yang turut hilang kepercayaan terhadap parti iaitu Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang)," katanya.

Apa yang pasti, kata penganalisis itu, PKR kini dibelenggu krisis keyakinan di kalangan kelompok wakil rakyatnya. Keputusan keluar parti oleh Mohd. Radzhi hanyalah cebisan masalah kepada kemelut lebih besar - krisis kepimpinan PKR Kedah.

Ia turut menjadi tamparan kepada Pas Kedah yang menggambarkan parti itu seolah-olah kini memerintah negeri bersendirian.

Pengumuman keluar parti oleh Mohd. Radzhi menjadikan Kedah kini mempunyai empat ADUN dari PKR manakala Pas 16 ADUN dengan tujuh daripadanya dilantik sebagai anggota Exco.

BN pula mempunyai 14 ADUN manakala seorang daripada DAP. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T