Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Monday, August 24, 2009

2 pemimpin Kedah keluar parti

Oleh Azman Mahmood

KUALA LUMPUR: Dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, termasuk seorang anggota exco kerajaan negeri, mengumumkan keluar parti itu semalam.

Mereka terbabit ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radhi Salleh yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia.

Beliau bagaimanapun mengekalkan jawatan exco kerajaan negeri.

Seorang lagi Pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan.

Serentak dengan itu, Jamaludin juga membubarkan seluruh jawatankuasa PKR bahagian Padang Serai.

Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam oleh kedua-dua belas pemimpin PKR itu. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...