Dipetik dari Blog : ABU NAWAS
1. Hari ini 3 Ramadhan saya terpaksa menulis mengenai celoteh Nik Aziz sebagai peluru hidup dan perisai kepada pengundi-pengundi di DUN Permatang Pasir untuk menghadapi PAS dalam pertempuran Badar Kubra di Pilihanraya Kecil Kecil pagi esok 25 Ogos 2005. Ini kerana Sdr mahfoz Omar telah mengumumkan malam semalam bahawa Pilihanraya ini ibarat pertempuran di peperangan badar yang membolehkan PAS itu melontarkan isu-isu keaiban dan keburukan calon BN bagi mempastikan PAS menang walaupun 1 undi.
2. So.! Sayapun terpaksa menyediakan peluru dan perisai khas untuk para pengundi di DUN Pengkalan Pasir. Saya nak tanya PAS dan Nik aziz, anta yang telah memprovokasi ucapan di Pengkalan pasir tempohari dengan mengatakan orang UMNO tak masuk Syurga. Dan sekarang kenapa pula nak saman akhbar dan juga UMNO kerana menyiarkan kenyataan anta tu. Tak ingat ke firman Allah s.w.t ( Surah An-Nisa' : Ayat 112), yang bermaksud: " Dan barangsiapa yang mengerjakan kesalahan dan dosa, kemudian dituduhnya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya ia telah berbuat suatu kebohongan dan dosa yang nyata". Semua orang kampung di merata tempat dan ceruk tahu bahawa PAS telah sekian lama menyebarkan propaganda salah ini dalam setiap kali pilihanraya kepada pengundi-pengundi. Anta yang buat tuduhan dan menghukum UMNO kafir dan masuk neraka kan? Sekarang anta nak marah pula pasal apa.? mengaku sajalah, jangan nak salahkan pula UMNO. Cuba jawab firman Allah di atas.
3. Setiap kali pilihanraya umum, kita dengar PAS berkempen dengan manifestonya 'Menegakkan Negara Islam' , membangun bersama Islam, dan yang lebih hebat lagi pada pilihanraya Umum 1999 dulu PAS di terengganu kata, kalau kita menang malam ni maka pagi esok sebelum ayam berkokok PAS akan melaksanakan hukum Islam dan Undang-undang hudud. Semua terpegun dengan manifesto PAS yang akhirnya tak dapat dilaksanakan secara realistik. Bila dah dapat perintah Terenggau dari tahun 1999-2004, tak ada satu perubahanpun pada undang-undang Islam. Semua pakai undang-undang dan enakmen yang digubal oleh UMNO sebelumnya. INgatlah firman Allah s.w.t, Surah an-Nisa', Ayat 120 yang bermaksud: " Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain tipu daya belaka". Janganlah PAS mengikut jejak langkah syaitan pula dengan menjanjikan syurga pada para pengundi di Pengkalan Pasir. Iblis pernah mempengaruhi Adam dan Hawa dengan menjanjikan bahawa jika mereka berdua memakan buah khuldi ini maka mereka akan kekal di dalam syurga. Akibatnya Adam dan Hawa terlanggar larangan Allah ini hasil daripada tipu daya Iblis. Bukan salah nak cerita bab syurga ni, yang salahnya kita menggunakan janji syurga untuk mendapatkan undi dalam pilihnaraya dan menyalahkan orang yang tak undi PAS tak layak masuk syurga.
4. Nik Aziz dan ahli-ahli PAS kena rujuk semula kepada nas al-Quran yang menyatakan tentang siapa dia yang layak masuk syurga ni, antara firman Allah yang dapat saya petik di sini ialah seperti dalam Surah an-Nisa', Ayat 124, bermaksud :"Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal soleh, baik laki-laki maupun wanita sedang ia orang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun". Apakah usaha UMNO menyatupadukan orang Melayu dan raja-raja melayu yang berpecah dan bersengketa sejak 1511-1946 (446 tahun) pada 11 Mei 1946 bukannya satu amalan soleh. Bukankah usaha UMNO menyatupadukan orang Cina dan India dalam satu gagasan Perikatan pada tahun 1955 merupakan satu amal soleh..? Bukankah usaha UMNO menuntut kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 merupakan satu amal soleh..? Usaha UMNO membasmi kemiskinan dan buta huruf di kalangan rakyat sejak merdeka hinggga kini, bukankah ianya satu amal soleh..? banyak lagi yang di senaraikan disini tentang amal soleh yang UMNO lakukan sejak merdeka hinggga kini. nanti muntah pula orang PAS nak membacanya di blog ini. Nanti terbatal puasa kerana muntah dengan sengaja.
5. Dulu PAS kata bahawa UMNO ni tak perjuang Islam kerana bersekongkol dengan MCA dan MIC, yang mana MCA dan MIC ni adalah parti orang kafir. Pas kata haram hukumnya bekerjasama dengan orang kafir dalam pilihanraya. Siapa yang mengundi calon-calon kafir ini maka ianya adalaah berdosa dan akan ditanya di dalam kubur. Sekarang PAS pula berpeluk dengan DAP dan PKR yang sudah tentu tidak ada agenda perjuangan Islam dalam perlembagaan parti masing-masing. DAP memang dah terang-terangang menentang penubuhan negara Islam dan juga hak istimewa melayu serta Raja-Raja melayu. Sekarang saya nak kemukakan semula nas al-Quran yang diguna pakai oleh PAS sejak 1955-1999. Firman Allah dalam surah an-Nisa', ayat 139, yang bermaksud:"Orang-Orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin, apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah". Hari ni PAS telah bersekongkol dengan DAP semata-mata untuk mendapatkan kekuatan politik dan juga undi daripada orang cina dan India. Mereka tak mahu berpakat dengan UMNO yang jelas keislamannya kerana inginkan kuasa dan juga takhta.
6. Dalam ayat seterusnya Allah berfirman (an-Nisa', ayat 140), yang bermaksud: " sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam alQuran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah maka orang-orang kafir akan mengingkari serta memperolok-olokkannya, maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki perbicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafiq dan orang-orang kafir di dalam neraka Jahannam". Sudah terang lagi bersuluh bahawa baru-baru ini DAP telah menghina kedudukan Islam dan juga kedudukan Raja-raja Melayu. Kalau nak disingkap kenyataan Karpal Singh, semua dah tahu yang kafir Singh ni mencabar PAS dengan katanya langkah mayat aku dulu kalau mahu tegakka negara Islam di Malaysia. Tapi, sekarang kenapa PAS berpakat dengan DAP. Baru-baru ni, Nik Aziz pula mempertahankan penghinaan orang bukan Islam, khasnya DAP kepada kesucian Islam. Kata nik aziz, tak apa orang bukan Islam hina Islam kerana mereka ni tak tahu pasal Islam. Kembalilah kepada al-Quran dan rujuj semula ayat di atas. Ini bermakna bahawa tindakan PAS yang bersekongkol dengan DAP akan menyebabkan PAS itu sama sahaja perjuangannya dengan DAP, tiada beza.
7. Dengan adanya penjelasan ini, maka diharapkan agar pengundi di Pengkalan pasir akan keluar mengundi dengan tenang pada pagi esok dan menjalankan proses memilih wakil rakyat mereka secara rasional. Yakinlah bahawa Islam itu tidak sama dengan parti Islam. Yang penting kita mesti berpegang kepada akidah Islamiah. Renunglah dan cuba baca berkali-kali tentang firman Allah ini (Ali Imran : 102-103), bermaksud : Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqawa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hati-hati kamu, lalu menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara..."

Comments
Post a Comment