Skip to main content

Henti hasut kaum India - KDN

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memberi amaran keras kepada semua pihak agar berhenti daripada menghasut kaum India terutama melalui Internet berhubung bantahan keterlaluan terhadap pembinaan kuil Hindu Seksyen 23 Shah Alam.

Bagi memastikan keadaan terkawal, KDN bersama dua lagi kementerian iaitu Jabatan Perdana Menteri serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah mengarahkan agensi masing-masing mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang melakukan hasutan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau dan Datuk Seri Dr. Rais Yatim serta Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah bersetuju agar tindakan bersama tiga kementerian diambil untuk mengawal keadaan.

"Mengenai tindakan sesetengah pihak yang menghasut kaum India seperti yang tersiar di Internet, saya ingin menjelaskan bahawa polis, Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi dan Peguam Negara sedang mengambil tindakan seperti yang diputuskan secara bersama antara saya dan menteri yang lain," katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Jumaat lalu, seramai 200 penduduk Seksyen 23 Shah Alam berarak ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sebagai membantah pembinaan kuil di kawasan majoriti penduduk Islam.

Kumpulan itu berkumpul di Masjid Negeri selepas solat Jumaat sambil membawa sepanduk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri.

Hishammuddin menambah, wujud gesaan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan bagi mengawal keadaan tetapi beliau melihat ia masih boleh dielakkan.

"Bagaimanapun saya ingin menjelaskan bahawa banyak undang-undang lain yang boleh digunakan dalam perkara ini.

"ISA pada prinsipnya hanya akan digunakan sebagai cara terakhir atau dalam keadaan di mana ia boleh mencetuskan ancaman kepada negara," katanya.

Mengulas lanjut isu bantahan itu, Hishammuddin mencadangkan agar kerajaan negeri Selangor dengan diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama ahli-ahli Exconya berdepan sendiri dengan kumpulan masyarakat yang tidak berpuas hati dengan isu kuil berkenaan.

"Jangan serahkan tanggungjawab untuk menangani kemelut ini kepada agensi dan pihak berkuasa tempatan semata-mata.

"Saya berpandangan demikian kerana keputusan berhubung perkara ini telah diputuskan di peringkat ahli Exco kerajaan negeri dan mereka perlu lebih bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan serta masa depan rakyat," tegasnya.

Beliau juga memandang serius tuduhan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bahawa polis bersekongkol dengan UMNO dalam menangani isu pembinaan kuil itu.

"Ia adalah tuduhan yang amat serius dan semata-mata berniat untuk memburukkan nama baik pasukan polis," katanya.

Hishammuddin juga menegaskan bahawa bantahan berbentuk keterlaluan seperti dalam isu pembinaan kuil itu jika tidak dikawal boleh mencetuskan ketegangan serta perbalahan yang berlarutan.

"Selaku Menteri Dalam Negeri, saya ingin memberi amaran keras kepada mana-mana pihak supaya tidak mengambil sebarang tindakan di luar batas undang-undang sehingga memudaratkan keselamatan negara dan ketenteraman awam.

"Dalam isu-isu sensitif yang melibatkan kaum dan agama, saya ingin menegaskan pihak kerajaan tidak sekali-kali akan tunduk dan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak enggan mematuhi amaran ini," katanya. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala.

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan, ke

KISAH BENAR ANWAR IBRAHIM ! BHG 1

1 DENDAM KESUMAT Anwar Ibrahim mempunyai perasaan dendam yang kuat atau dipanggil DENDAM KESUMAT sama ada kawan atau lawan.Dendam yang tak habis-habis terhadap Sanusi Junid, Rahim Tamby Chik, Abdullah Ahmad Badawi dan rami lagi menjadikan beliau tidak popular sebagai pemimpin. 2 PENENTANG Sikap menentang ketua menjadi amalan Anwar sejak aktif dalam UMNO pada tahun 1982. Pada tahun yang sama beliau menentang Suhaimi Kamaruddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. 3 PECAH DAN PERINTAH Sikap pecah dan perintah merupakan strategi Anwar untuk berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. Beliau sanggup mengadudumbakan UMNO Kedah bila beliau wujudkan komplot menentang ura-ura Dr. Mahathir untuk melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Begitu juga beliau mengadakan tekanan terhadap Rahim Tamby Chik sehingga memaksanya meletakkan sebagai Ketua Menteri Melaka. 4 SUMPAH BOHONG Anwar berani bersumpah untuk tidak menentang Ghaffar Baba bagi jawatan T