BUKIT MERTAJAM – Selepas lebih seminggu berkempen, hari pengundian adalah penentu parti mana yang akan menjadi pilihan rakyat tempatan khususnya bagi membawa kemajuan dan menentukan kebajikan masyarakat terus terbela di masa hadapan.
Berdasarkan kepada calon BN, Rohaizat Othman, terbukti kepimpinan tertinggi parti mengiktiraf kemampuan dan keupayaan golongan muda sebagai calon pilihan raya tersebut yang pasti sentiasa mampu mendampingi, menyelami dan menyelesaikan segala permasalahan rakyat.
Dalam masa yang sama, nilailah semula perjalanan masa sepanjang pentadbiran PAS di kawasan ini yang telah lebih tiga penggal tetapi perubahan dan kemajuan yang menjadi impian tidak terlaksana.
Sejarah negara telah membuktikan sejak 52 tahun mentadbir negara sehingga kini, BN menjaga kestabilan, kemajuan dan kemakmuran, yang menunjukkan konsep yang didokong oleh BN adalah sesuai dan menepati citarasa dan keperluan semua lapisan masyarakat.
BN juga telah membuktikan bahawa ia bukan sahaja berupaya dan mampu memerintah negara dengan cekap dan berkesan tetapi juga dengan adil dan saksama. Begitu juga, setiap parti dalam BN sentiasa bekerjasama rapat dan sedia bertolak-ansur dalam menangani sesuatu isu atau masalah.
Sehubungan itu, sebelum mengundi, nilailah dahulu sebelum memilih agar jangan pisang berbuah dua kali. Fikirlah calon mana yang lebih berwawasan, parti mana yang berkemampuan, pilihlah kemajuan untuk masa hadapan dan undilah demi keselesaan, kesejahteraan dan keamanan.
Selamat mengundi kepada semua masyarakat Dewan Undangan Negeri N.11 Permatang Pasir.
Satu Impian. Satu Malaysia. Pilih BN. - UMNO online
Comments
Post a Comment