PERMATANG PAUH, 20 Ogos – Kerajaan tempatan yang dikuasai oleh PAS sejak 15 tahun lalu nampaknya gagal merialisasikan impian rakyat terbabit yang mahukan pembangunan dan kebajikan mereka dijaga dengan sempurna.
Bukan sahaja pembangunan tidak berjalan dengan sempurna malah pengakuan Ketua Menterinya dari DAP, Lim Guan Eng yang mengakui tidak mempunyai peruntukan mencukupi untuk melaksanakan pelbagai rancangan secara menyeluruh adalah hakikat sebenar.
Sesungguhnya, bukan hanya kerana masalah bajet yang tidak sempurna malahan difahamkan juga, pelbagai masalah dalaman termasuklah krisis kepimpinan turut membantutkan lagi impian rakyat tempatan bagi memperoleh keselesaan lebih sempurna.
Di samping itu juga, difahamkan demi kepentingan individu lantaran pangkat dan kuasa yang ada di tangan maka rakyat menjadi mangsa sebagai bahan untuk mengekalkan apa yang dicapai oleh para pemimpinnya.
Sebelum ini, kerajaan pakatan campuran begitu lantang bersuara menyatakan kerajaan Pusat rakus dalam mendapatkan pangkat dan kedudukan sedangkan hakikat sebenar adalah sebaliknya.
Buktinya, lihat sahaja bagaimana mungkin tiadanya perubahan yang berlaku di kawasan terbabit dan kawasan-kawasan sekitarnya selain yang sedia ada sama ada bangunan, rumah kedai dan masjid-masjid semakin uzur ekoran kegagalan dalam membaikpulih dan menampung kos menaik tarafnya.
Kerakusan para pemimpinnya sanggup bersikap pejam mata daripada melihat bagaimana kehidupan seharian penduduk tempatan yang tampak tidak ada perubahan biarpun sudah lebih tiga penggal mentadbir.
Lantaran suasana dan perkembangan semasa sejak PAS berkuasa, fikirkanlah kelangsungan masa hadapan yang akan berlaku bukan hanya kepada generasi muda tetapi juga kepada pembangunan negara renteran daripada ketidakseimbangan yang berlaku.
Sesungguhnya, inilah realiti sebenar pimpinan PAS yang gagal melaksanakan tanggungjawab dan amanah rakyat biarpun telah diberi kesempatan. - UMNO online.
Comments
Post a Comment