Pertubuhan Agenda Social Media 1Malaysia

Monday, August 31, 2009

WARIS MALAYSIA


Kanak-kanak Tabika Perpaduan mengibar Jalur Gemilang pada majlis perayaan Ambang Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh semalam.

LIMA puluh dua tahun dahulu, anak bangsa Malaysia pernah bermandi keringat dan darah berjuang menuntut kemerdekaan negara.

Kesenangan hidup ketika itu tidak pernah dikecapi, hanya kedaulatan tanah air tercinta menjadi agenda utama.

Kini, nasib bumi bertuah ini sudah jauh berbeza. Hari ini, generasi muda pelbagai kaum menikmati kemakmuran dan kemewahan negara selepas bebas daripada belenggu penjajah.

Malah, semangat patriotisme, jati diri cintakan negara dipupuk ke atas generasi muda yang bakal mewarisi kepemimpinan negara. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...