Skip to main content

Zulkifli pertahan Mohd. Radzhi

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan rakan pakatannya diminta menghentikan pelbagai tuduhan liar terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh ekoran tindakannya keluar parti itu dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang membuat gesaan itu berkata, beliau yakin tindakan yang diambil Mohd. Radzhi adalah berdasarkan prinsip dan bukan kerana masalah disiplin, sogokan atau isu kahwin di Thailand seperti yang didakwa.

''Saya ingin menegur rakan dalam PKR dan pakatan supaya jangan cepat memfitnah, membuat tuduhan liar dan menuding jari kepada Mohd. Radzhi.

''Kita menuduh kononnya beliau tidak berdisiplin tetapi saya melihat Mohd. Radzhi antara Exco yang sangat komited dan berdedikasi dengan amanah yang diberikan," katanya seperti dipetik dalam blognya http:// zul4kulim.blogspot.com hari ini.

Beliau mengulas pelbagai serangan peribadi yang dilemparkan terhadap ADUN Lunas tersebut sebaik sahaja mengumumkan keluar PKR kerana hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti tersebut.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam reaksinya mendakwa Mohd. Radzhi mempunyai prestasi yang lemah sepanjang menjawat jawatan Exco, membuat tuntutan perbelanjaan tidak munasabah dan mempunyai masalah perkahwinan di Thailand.

Tampil memberi penjelasan terhadap semua tuduhan itu, Zulkifli yang juga wakil rakyat PKR menjelaskan Mohd. Radzhi adalah seorang ADUN dan Exco kerajaan negeri yang berdedikasi.

Menurut Zulkifli, sikap berdedikasi Mohd. Radzhi terbukti apabila Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia itu, awal-awal lagi telah mengadakan mesyuarat dengan pengusaha hotel di Pulau Langkawi.

''Mesyuarat itu bertujuan memberi jaminan kepada pengusaha hotel bahawa kerajaan pimpinan Pas tidak akan mengambil tindakan drastik yang boleh menjejaskan industri pelancongan di pulau itu.

''Ini kerana beliau menyedari industri perhotelan di Langkawi merupakan permata industri pelancongan bukan sahaja untuk Kedah, malahan kepada negara," jelasnya.

Sehubungan itu, Zulkifli menyeru semua pemimpin pembangkang supaya menghormati pendirian Mohd. Radzhi kerana tindakan keluar PKR itu adalah hak asasi beliau untuk memilih dan menentukan parti mana yang mahu disertai.

Justeru itu, beliau menegaskan, gesaan pakatan pembangkang supaya Mohd. Radzhi mengosongkan kerusi DUN Lunas adalah bercanggah dengan pendirian parti PKR yang menghormati hak asasi manusia. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Susahnya jadi Isteri Ketua Dewan Ulama Pas Perlis

Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung. Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60. Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. "Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala....

Anwar Ibrahim dan One-Zionis

  NED : 1. Anwar Ibrahim 2. Lorne Craner (Yahudi), Presiden IRI 3. Carl Gershman (Yahudi), Presiden NED 4. Kenneth Wollack (Yahudi), Presiden NDI 5. John D Sullivan, Pengarah Eksekutif CIPE Andainya kita terima kononnya KERAJAAN TERSILAP dan terambik supplier yang ada kaitan dengan Israeli dan terguna firma Public Relation Amerika yang ada pejabat di Tel Aviv. Kesilapan supplier PDRM adalah sikap Pak Lah yang leka dan cuai. Sekarang sudah tidak ada masaalah itu. Manakala perkhidmatan APCO tak ada kena mengena dengan geoglobal politics tetapi advisory dalam hal public relation termasuk online media. Dalam dua2 hal ini, kerajaan membayar service dan peralatan. Kita tentukan apa yang kita mahu dari perkhidmatan yang kita mahu. Firma yang kononnya Yahudi bukan penentunya dan mengarah kita. Untuk banding dengan hubungan Anwar dengan Yahudi Zionis, lihat gambarajah yang ada kaitan dengan power-power broker dunia berikut: Dari tiga gambarajah, Anwar bergantung harap kewangan...

Ucapan kontroversi YB Wee Choo Keong pada 29/3/2010

Datuk Yang di-Pertua, FITNAH MENFITNAH Saya menyokong seratus peratus atas Titah Ucapan Seri Banginda dan izinkan saya memetik: “Beta juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongandan putar belit terutamanya dalam media baru. Semua yang terlibat hendaklah sedar perbuatan ini tidak diterima oleh mana-mana agama. Beta menyeru pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Dismaping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan keras terhadap pihak-pihak yang terbabit". Saya tidak berniat membahas mengenai dengan perkara ini tetapi saya tidak boleh sabar lagi. There is a limit to everything, dengan izin. Kehadiran saya dalam lawatan kerja ke Washington adalah untuk satu tujuan sahaja iaitu berjumpa dengan Department of Trade, Ahli-Ahli Congress dan Senators, Centre of Strategic International Studies (CSIS) untuk “foster a better relationship with USA diplomatically as well as trade dengan izin. Lawatan ke...